Mustafa, Che Omar and Norfazila, Ghazali and Raihan, Mohd Arifin (2019) Kegagalan Penguasaan Bahasa Inggeris Bagi Murid Di Sekolah Luar Bandar. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 8-9 October 2019, UiTM Shah Alam Selangor.
Text
FH03-FKI-19-33629.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Kertas kerja ini dijalankan untuk meninjau faktor kegagalan murid tahap satu sekolah-sekolah rendah di luar bandar dalam menguasai Bahasa Inggeris. Hal ini kerana pengenalan program Common European Framework of References (CEFR) masih baharu dalam sistem pendidikan Malaysia. Program ini menuntut guru-guru dan murid untuk mencapai standard penguasaan tertentu agar selaras dengan negara-negara lain di peringkat antarabangsa. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis deskriptif dengan merujuk sumbersumber bacaan yang diperolehi daripada kajian terdahulu. Faktor-faktor yang mendorong kepada masalah ini di kaji secara teliti untuk mendapatkan punca kegagalan penguasaan murid di luar bandar. Kajian ini mendapati bahawa guru-guru dan murid masih belum menguasai CEFR dengan sepenuhnya. Selain itu, kajian ini juga turut menemukan bahawa program CEFR memberikan kesan yang kurang memberangsangkan kepada murid yang kurang menguasai kemahiran asas literasi Bahasa Inggeris. Oleh itu, kajian yang lebih komprehensif diperlukan di masa akan datang untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat dan mendalam terhadap permasalahan ini dan meningkatkan penguasaan murid di luar bandar khasnya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kegagalan, murid luar bandar, CEFR, penguasaan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 29 Nov 2020 04:13 |
Last Modified: | 29 Nov 2020 04:13 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2031 |
Actions (login required)
View Item |