Analisis keperluan aplikasi infografik dalam pembelajaran tatabahasa arab

Zulazhan, Ab. Halim and Norasyikin, Osman and Mohd Firdaus, Yahaya and Mohd Shahrizal, Nasir and Shaferul Hafes, Sha'ari and Noor Eliza, Abdul Rahman and Mohd Fauzi, Abdul Hamid (2019) Analisis keperluan aplikasi infografik dalam pembelajaran tatabahasa arab. In: Persidangan Bahasa Arab Negara-Negara Asia Tenggara Kali Ke-3, 11 Sep - 12 Nov 2019, UniSZA Kampus Gong Badak.

[img] Text
FH03-FBK-19-34623.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Metodologi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab sangat sinonim dengan kaedah konvensional yang melibatkan pembelajaran menggunakan buku teks dan berpusatkan pensyarah. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, setiap ahli akademik perlu turut sama berubah dalam metodologi penyampaian maklumat kepada pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran infografik merupakan satu kaedah baru dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar secara persembahan grafik, terus, mudah dan berpusatkan pelajar . Kajian ini mengenal pasti keperluan infografik dalam pembelajaran tatabahasa Arab dalam kalangan Pelajar ISM Pengajian Bahasa Arab UniSZA. Soal selidik berkaitan keperluan dari segi pengetahuan, penggunaan dan kandungan modul infografik dalam pembelajaran tatabahasa Arab diedarkan kepada pelajar yang telah mengambil subjek Kajian Teks Sintaksis Ibnu Aqil. Hasil daripada dapatan analisis keperluan membawa kepada keperluan pembangunan modul infografik sebagai bahan sokongan dan memperkaya kaedah pembelajaran murid. Modul ini akan dihasilkan dalam bentuk yang mampu menarik minat pelajar dalam mempelajari tatabahasa Arab secara kendiri yang menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LT Textbooks
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 29 Nov 2020 02:41
Last Modified: 29 Nov 2020 02:41
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2014

Actions (login required)

View Item View Item