PENAFIAN NASAB ANAK MENGGUNAKAN KAEDAH DNA BERDASARKAN KES-KES YANG DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH DI NEGERI TERENGGANU

Jamalludin, Hashim and Ahmad Tirmizi, Taha and Azli Fairuz, Laki and Mohd Badrol, Awang and Syed Mohd Azmi, Syed Ab. Rahman (2014) PENAFIAN NASAB ANAK MENGGUNAKAN KAEDAH DNA BERDASARKAN KES-KES YANG DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SYARIAH DI NEGERI TERENGGANU. In: Seminar Serantau Pendidikan Syariah Fiqh Al-Usrah, 05 March 2014, Dewan Utama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

[img] Text
FH03-FKI-18-17412.pdf
Restricted to Registered users only

Download (209kB)

Abstract

Kertas kerja ini merupakan satu kajian mengenai pandangan fiqh kontemporari berhubung dengan penggunaan ujian DNA sebagai cara penafian nasab anak dan pelaksanaannya dalam Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah menukilkan pandangan Majma’ al-Fiqh al-Islami yang menetapkan bahawa ujian DNA tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab anak apalagi digunakannya mendahului kaedah li`an. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pandangan Muzakarah ini dipatuhi dalam kes-kes penafian nasab anak menggunakan ujian DNA dalam Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu. Kajian ini ialah kajian perpustakaan dengan tumpuan kepada data-data kualitatif yang dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya satu kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu yang menggambarkan bahawa ujian DNA sebagai satu qarinah yang kuat untuk menafikan nasab anak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Q Science > QH Natural history
Q Science > QH Natural history > QH426 Genetics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 19 Oct 2020 07:30
Last Modified: 19 Oct 2020 07:30
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/201

Actions (login required)

View Item View Item