STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR BUKAN PENUTUR JATI DI UNISZA

Noor Anida, Awang and Azhar, Yaacob and Rahimah, Embong and Zaiton, Mustafa (2014) STRATEGI PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR BUKAN PENUTUR JATI DI UNISZA. In: Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 14 September 2014, UNISZA, GONG BADAK.

[img] Text
FH03-FKI-19-22977.pdf
Restricted to Registered users only

Download (470kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan strategi pembelajaran bersama rakan sebaya bagi meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur jati di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Kajian ini bersifat kualitatif dan data dikumpul dengan menggunakan teknik pemerhatian secara langsung, perbincangan dan temubual berstruktur. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar dan hanya 5 daripada mereka dipilih secara rawak untuk ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bukan penutur jati boleh mengatasi masalah bertutur bahasa Arab dengan mengamalkan strategi pembelajaran bersama rakan sebaya. Ini kerana strategi pembelajaran ini dapat mewujudkan satu suasana yang kondusif dan santai untuk mendorong pelajar khususnya dalam kalangan bukan penutur jati untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 19 Oct 2020 07:01
Last Modified: 19 Oct 2020 07:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/196

Actions (login required)

View Item View Item