Kebitaraan ulama-umara' Terengganu dalam mempertahankan kedaulatan islamiah melayuwiyyah Terengganu, 1908-1918

Hamdan, Aziz and Zulkifli, Abdullah and Razi, Yaakob (2020) Kebitaraan ulama-umara' Terengganu dalam mempertahankan kedaulatan islamiah melayuwiyyah Terengganu, 1908-1918. In: Kolokium Antarabangsa Peradapan Wilayah Timur Laut-2020, 27-29 Feb 2020, Narathiwat, Thailand.

[img] Image
FH03-PPT-20-38679.png
Restricted to Registered users only

Download (94kB)
[img] Image
FH03-PPT-20-39069.jpeg
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kebitaraan Ulama-Umara' Terengganu terserlah sewaktu peringkat awal campurtangan British di Terengganu. Sekalipun secara de facto British menguasai Terengganu setelah Perjanjian Bangkok 1909, namun secara de jure ia hanya berlaku pada tahun 1919. Ini kerana sebelum ini, British hanya mampu menghantar seorang agen (British Agent) dan bukannya Penasihat British sebagaimana Kedah, Perlis dan Kelantan. Agen British pula tidak berhak mencampuri urusan pentadbiran dalam negeri kecuali hanyalah memberi nasihat dalam soal dasar luar, melindungi kepentingan perdagangan serta membantu melindungi warga British di Terengganu. Pada 2 November 1911, kebitaraan ulama-muara' sekali lagi terselah apabila Sultan Zainal Abidin III bersama beberapa yang lain menggubal undang-undang tubuh negeri Terengganu yang dikenali sebagai Itqanul Muluk bil ta'dil Suluk bertujuan menyelamatkan Terengganu daripada dipengaruhi kuasa luar serta menjamin kedaulatan negeri. Dalam pada itu, metodologi kertas kerja ini menggalurkan naratif historiografi berdasarkan dokumen Arkib Negara Malaysia serta koleksi di Pusat Rujukan Muzium Negeri Terengganu. Semoga kertas kerja ini memberi gambaran terhadap pensejarahan Malaysia terutama dalam menzahirkan kebitaraan ulama-umara' Terengganu dalam mempertahankan kedaulatan Islamiyyah-Melayuwiyah dalam konteks Peradaban Wilayah Timur Laut Alam Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: kebitaraan, ulama-mara', Terengganu, Itqanul Muluk bil ta'dil Suluk
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > PN Literature (General)
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 25 Nov 2020 02:22
Last Modified: 25 Nov 2020 02:22
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1934

Actions (login required)

View Item View Item