Pembelian makanan dalam talian: Isu dan cabaran terhadap keselamatan makanan sepanjang pandemik covid-19

Che Suhaili, Che Taha and Napisah, Hussin and Karimah Fakhriah, Ismail (2020) Pembelian makanan dalam talian: Isu dan cabaran terhadap keselamatan makanan sepanjang pandemik covid-19. In: Webinar Serantau Pandemik Covid-19, 26-27 Aug 2020.

[img] Text
FH03-FSK-20-40302.pdf
Restricted to Registered users only

Download (343kB)
[img] Text
FH03-FSK-20-43266.pdf
Restricted to Registered users only

Download (62kB)

Abstract

Pengisytiharan virus COVID-19 sebagai pandemik oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mac 2020 telah mengakibatkan kebanyakan negara termasuk Malaysia menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebagai langkah proaktif pencegahan penularan virus ini dari terus merebak. Walaubagaimanapun, perintah ini telah memberi kesan signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi di kalangan rakyat. Penutupan premis makanan dan ketiadaan perkhidmatan makan di kedai atau restoran menyebabkan segelintir rakyat kehilangan sumber pendapatan akibat ketidakmampuan majikan untuk menampung kos gaji pekerja. Tinjauan ringkas melalui media sosial mendapati ramai yang mula menjalankan perniagaan makanan secara atas talian memandangkan modal yang diperlukan adalah rendah, serta kemahiran menyediakan makanan telah sedia ada berbanding perniagaan lain. Perhidmatan makanan atas talian ini turut menyediakan khidmat penghantaran ke rumah yang lebih menarik minat para pembeli untuk meneruskan pembelian. Fenomena ini bukan lagi sekadar ikutan, malah menjadi sebahagian daripada norma baru yang muncul akibat pandemik COVID-19 dan PKP ini. Namun begitu, di sebalik kelebihan dan kemudahan yang disediakan, timbul kerisauan mengenai isu keselamatan dan kualiti makanan oleh pihak profesional kesihatan mengenai risiko kesihatan, kebersihan dan kaedah pengendalian makanan oleh ‘peniaga segera’ terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai premis perniagaan ini. Malah, kebimbangan ini telah pun menjadi nyata apabila telah berlaku isu keracunan makanan di kalangan pembeli atas talian di mana faktor penyebab berkemungkinan kurangnya pengetahuan dalam aspek kebersihan dan keselamatan semasa mengendalikan makanan. Pengendali makanan bukan hanya sekadar tahu menyediakan makanan, tetapi juga hal lain yang berkaitan seperti kewajipan mengambil suntikan tifoid, menjalani latihan pengendali makanan serta mempelajari Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sebagai kesimpulan, menjadi keperluan bagi semua penjual makanan atas talian untuk memastikan makanan dijual adalah menepati aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Sehubungan itu, semua pemegang taruh seperti pengendali makanan, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri dan juga badan lain berkaitan perlu bekerjasama bagi memastikan isu ini dapat ditangani. Antara cadangan strategi termasuk pendaftaran pengendali makanan atas talian, menyediakan sistem aplikasi untuk latihan asas pengendali makanan dan mewujudkan e-sijil untuk pengendali makanan atas talian yang mengikuti semua latihan asas yang disediakan bagi memastikan keselamatan makanan yang disediakan adalah terjamin dan terpelihara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Health Sciences
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 24 Nov 2020 02:05
Last Modified: 24 Nov 2020 02:05
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1884

Actions (login required)

View Item View Item