Covid19: Faktor politik dan kesan sosio-ekonomi di Malaysia

Mohd Razali, Harun and Murshamshul Kamariah, Musa (2020) Covid19: Faktor politik dan kesan sosio-ekonomi di Malaysia. In: Webinar Serantau Pandemik Covid19 - WPSC19, 26-27 Aug 2020.

[img] Text
FH03-FUHA-20-40340.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)
[img] Text
FH03-FUHA-20-40341.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Isu mengenai COVID-19 menjadi berita hangat di seluruh dunia menjelang hujung tahun 2019. Ini menandakan isu kesihatan ini merupakan isu global, bukan isu Malaysia sahaja. Keadaan menjadi semakin serius apabila statistik penghidap COVID-19 di negara ini semakin meningkat hari demi hari. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan mengambil langkah drastik untuk mengekang penularan COVID-19 dengan mengisytiharkan dan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 17 Mac 2020. PKP yang pertama itu dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Pelaksanaan PKP adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 yang sedang menular ke seluruh negara. Setakat hari ini PKP telah memasuki fasa kelima dan berkemungkinan akan dilanjutkan pada masa akan datang. Isu COVID-19 ini kelihatan lebih sukar kerana ia berlaku secara serentak dengan konflik politik yang berlaku dalam negara kita. Negara pada kita itu berhadapan dengan dua isu utama secara serentak, iaitu isu penjajaran kuasa dan isu kesihatan penularan wabak COVID-19 yang mengancam nyawa. Hakikatnya, kedua-dua isu tersebut perlu diselesaikan dan diambil tindakan dengan segera. Kedua-duanya isu penting kepada negara dan saling berkait antara satu sama lain. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengupas faktor politik yang mempengaruhi isu COVID-19. Selain itu, makalah ini menganalisis kesan-kesan dalam aspek sosioekonomi masyarakat di Malaysia. Apa yang pasti isu COVID-19 ini perlu ditangani secara bijaksana oleh pihak kerajaan dan ahli masyarakat itu sendiri.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: COVID-19, Politik, Kerajaan, Sosioekonomi
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 24 Nov 2020 02:00
Last Modified: 24 Nov 2020 02:00
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1883

Actions (login required)

View Item View Item