SARS-CoV-2 bukan buatan makmal: Transmisi, filogenetik dan penghasilan vaksin

Norhidayah, Badya and Noor Zarina, Abd Wahab (2020) SARS-CoV-2 bukan buatan makmal: Transmisi, filogenetik dan penghasilan vaksin. In: Webinar Serantau Pandemik Covid-19, 26-27 Aug 2020.

[img] Text
FH03-FP-20-40380.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)
[img] Text
FH03-FP-20-40382.pdf
Restricted to Registered users only

Download (343kB)

Abstract

SARS-CoV-2 (severe acute respiratory syndrome coronavirus-2) adalah coronavirus jenis ketujuh yang menyebabkan penyakit dikenali sebagai COVID-19 yang menyerang saluran pernafasan manusia. SARS-CoV, MERS-CoV dan SARS-CoV-2 boleh menyebabkan jangkitan yang teruk, manakala HKU1, NL63, OC43 dan 229E pula menyebabkan jangkitan dengan gejala yang ringan. SARS-CoV-2 bukanlah hasil buatan makmal atau virus yang dimanipulasi dengan sengaja jika dilihat dari segi asal usul melalui analisis perbandingan data genomnya. Melalui perbandingan di antara alpha dan beta coronavirus, dua ciri genomik SARS-CoV-2 telah dikenalpasti iaitu berdasarkan kajian struktur dan ujian biokimia. Didapati bahawa SARS-CoV-2 menjangkiti manusia dengan mengikat kepada reseptor ACE2 manusia. Analisis filogenetik ke atas jujukan RNA virus ini menunjukkan persamaan dengan coronavirus isolasi daripada spesis kelawar RaTG13 (96.3%), SARS-like CoV ZXC21 (89%) dan SARS-CoV (82%) yang mengukuhkan dakwaan ia merupakan penyakit zoonotik yang ditularkan daripada haiwan kepada manusia yang seterusnya turut menular sesama manusia. Coronavirus diketahui pantas bermutasi bagi beradaptasi dengan pelbagai situasi epidemiologi di dalam sistem perumah. Virus ini dilaporkan lebih cenderung menjangkiti populasi Asia berbanding populasi lain, golongan tua berbanding golongan muda dan golongan dengan keimunan tertindas berbanding golongan yang sihat. Namun, peningkatan penularan jangkitan terkini hampir kepada semua peringkat umur dan kaum, mencadangkan virus ini mungkin telah bermutasi untuk beradaptasi dengan status imuniti dan persekitaran perumah. Sejajar itu, kajian ke atas 160 jujukan genom telah mengklasifikasikan SARS-CoV-2 kepada tiga jenis iaitu jenis A, B dan C berdasarkan mutasi kumpulan amino asid. Isolasi virus dan kajian evolusi memainkan peranan penting dalam penghasilan vaksin terapeutik dan spesifik ubat antivirus. Penghasilan sesuatu vaksin bukanlah sesuatu yang mudah. Beberapa fasa diperlukan dalam meluluskan sesuatu vaksin. Ia dimulakan dengan kajian dalam haiwan atau kajian in vivo sebelum kajian dalam manusia yang memerlukan persetujuan pesakit dan perlu mematuhi etika penyelidikan melibatkan manusia. Kajian dalam manusia pula melibatkan fasa I-IV. Justeru, pencirian lengkap virus memudahkan penghasilan vaksin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RZ Other systems of medicine
Divisions: Faculty of Medicine
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 24 Nov 2020 01:45
Last Modified: 24 Nov 2020 01:45
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1881

Actions (login required)

View Item View Item