Telekesihatan: Perspektif peluang dan cabaran dalam pengurusan pandemik

Mohd Faeiz, Pauzi and Siti Norazlina, Juhari and Salman, Amiruddin (2020) Telekesihatan: Perspektif peluang dan cabaran dalam pengurusan pandemik. In: Webinar Serantau Pandemik COVID-19 (WSPC-19), 26-27 Aug 2020.

[img] Text
FH03-FP-20-40506.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Pandemik penyakit novel coronavirus-19 (COVID-19) telah mengubah landskap sistem ekonomi, sosial dan pengurusan kesihatan. Ketika krisis wabak ini mengundang cabaran besar dalam pengurusan kesihatan, namun timbul evolusi dan trend dalam menguruskan kesihatan melalui telekesihatan. Telekesihatan merujuk kepada perkhidmatan konsultansi kesihatan dalam talian yang menghubungkan pesakit dengan pengamal perubatan melalui jarak jauh, tanpa sentuhan antara pesakit dan pengamal perubatan. Ianya boleh dicapai samada melalui segerakkan; telefon dan video, atau tidak segerak; e-konsultansi dan portal mesej, dan juga melalui agen maya; chatbot. Kami telah mengambil contoh pelbagai model daripada pelbagai organisasi termasuk organisasi kami, dan bagaimana telekesihatan memainkan peranan dalam pengurusan kesihatan ketika musim pandemik COVID-19. Ini termasuklah fasa perawatan luar, dalam hospital dan rawatan susulan. Dalam setiap model ini kami akan teliti bagaimana proses teknologi ini bergerak seiring dalam memastikan telekesihatan ini berjaya dilaksanakan. Namun begitu dari satu sudut, dijangkakan lebih ramai pengamal perubatan muda akan secara tidak disangka akan dieksploit melalui model telekesihatan yang dikomersialkan secara melampau dan tidak terkawal. Walaupun kita bersedia ataupun belum dengan telekesihatan, namun secara realitinya, telekesihatan bakal menjadi trend dan evolusi baru, bukan sahaja ketika pengurusan pandemik, malah selepas pasca COVID-19.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: telekesihatan, perspektif, pandemik, COVID
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: Faculty of Medicine
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 24 Nov 2020 00:49
Last Modified: 24 Nov 2020 00:49
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1878

Actions (login required)

View Item View Item