Fungsi Tatabahasa Arab dalam Pembinaan Hukum Fikah Menerusi Ayat-Ayat al-Qur?an

Mohd Shahrizal, Nasir and Kamarul Shukri, Mat Teh and Nurazan, Mohmad Rouyan (2012) Fungsi Tatabahasa Arab dalam Pembinaan Hukum Fikah Menerusi Ayat-Ayat al-Qur?an. In: Seminar Serantau Institut Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI 2012), 01 January 1970, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.

[img] Text
FH03-FBK-18-12582.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Penguasaan terhadap tatabahasa Arab merupakan antara syarat penting bagi melayakkan seseorangindividu mengeluarkan pandangan (berijtihad) berkaitan masalah fikah. Menurut majoriti ahli bidangtatabahasa Arab silam dan kontemporari, perkataan dan ayat dalam al- Qur’an tidak bercanggah dengan hukum tatabahasa Arab. Oleh itu, majoriti ulama menjadikan al-Qur’an sebagai sumber hujah yang utama dalam menyelesaikan perbezaan pandangan mereka tentang tatabahasa Arab. Hal ini menjelaskan fungsitatabahasa Arab dalam pemahaman ayat al-Qur’an serta pembinaan hukum-hukum fikah daripada ayat al-Qur’an. Malah, perbezaan pandangan dalam kalangan ulama mazhab-mazhab fikah, antara lain berpuncadaripada pemahaman mereka terhadap makna ayat al-Qur’an beras askan aspek tatabahasa Arab. Kertaskerja ini berusaha menjelaskan fungsi tatabahasa Arab dalam pembinaan hukum fikah daripada dalil-dalilal-Qur’an. Terdapat tiga unsur tatabahasa Arab yang mempengaruhi proses pembinaan hukum fikah iaitu fleksi (i’rab), partikel dan ayat gramatis. Namun, kertas kerja ini akan memberi fokus terhadap satudaripada tiga unsur tersebut iaitu ayat gramatis. Berdasarkan analisis tatabahasa yang dibuat terhadapbeberapa ayat al-Qur’an, secara jelas menunjukkan bahawa fungsi tatabahasa Arab amat penting dalam proses pengeluaran hukum fikah. Analisis ini seterusnya mengukuhkan sebab perlunya ilmu tatabahasa Arabdikuasai oleh individu yang terlibat dalam proses pengeluaran hukum fikah, terutama bagi masalah-masalah fikah semasa. Tanpa penguasaan yang mantap terhadap tatabahasa Arab, pengeluaran hukum berkaitanmasalah fikah akan menjadi celaru dan hukum yang dikeluarkan tidak bersifat tuntas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 19 Oct 2020 04:56
Last Modified: 19 Oct 2020 05:12
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/186

Actions (login required)

View Item View Item