Peranan Jantina Sebagai Faktor Penggunaan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Mahasiswa Kelantan

Kamarul Shukri, Mat Teh and Linamalini, Mat Nafi (2019) Peranan Jantina Sebagai Faktor Penggunaan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Mahasiswa Kelantan. In: Seminar Antarabangsa Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab (ICTAL) 2019: Isu Dan Cabaran, 6 October 2019, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.

[img] Text
FH03-FKI-20-37068.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Bidang Strategi Pembelajaran Bahasa merupakan bidang yang penting untuk dikaji. Kajian ini membincangkan perihal penggunaan strategi pembelajaran bahasa Arab (SPBA) dalam kalangan mahasiswa Kelantan. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan SPBA berdasarkan jantina. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pada penggunaan SPBA tersebut berdasarkan jantina. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik kendiri yang diubah suai daripada Strategy Inventory for Language Learning (Oxford 1990) versi 7.0 dengan penambahan konstruk metafizik (Kamarul Shukri 2009). Kajian ini melibatkan 200 orang pelajar daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Ujian-t digunakan bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis nol. Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada penggunaan strategi pembelajaran bahasa ketika mempelajari bahasa Arab berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar perempuan menggunakan strategi pembelajaran bahasa secara signifikan dan kerap berbanding lelaki.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Strategi Pembelajaran Bahasa, Bahasa Arab, Peranan Jantina
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 23 Nov 2020 07:02
Last Modified: 23 Nov 2020 07:02
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1850

Actions (login required)

View Item View Item