Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik

Mohd Shahrizal, Nasir and Kamarul Shukri, Mat Teh (2012) Pemanfaatan Kosa Kata Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Perbandingan dari Sudut Semantik. In: International Conference on Social Sciences & Humanities, 01 January 1970, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.

[img] Text
FH03-FBK-18-12583.pdf
Restricted to Registered users only

Download (258kB)

Abstract

Pemanfaatan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu mempunyai kaitan rapat dengan Islam yang menjadi pegangan majoriti masyarakat Melayu. Bangsa Melayu dilihat amat sinonim dengan Islam termasuk dalam aspek bahasa. Manakala Islam amat sinonim dengan bahasa Arab yang merupakan bahasa pilihan bagi menyampaikan isi kandungan al-Qur‟an. Situasi ini menjadi antara asas penting pemanfaatan kosa kata Arab dalam bahasa Melayu, khususnya yang melibatkan konotasi makna berkaitan Islam. Kertas kerja ini akan menganalisis beberapa kosa kata Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu, malah diiktiraf penggunaannya sebagai sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu. Antara kosa kata tersebut seperti rahmat, takwa, fitnah, makruf, ilmu, dan nikah. Analisis tertumpu kepada perbandingan kosa kata tersebut dari sudut semantik berpandukan kamus bagi kedua-dua bahasa. Selain itu, kertas kerja ini turut membuat penelitian makna kosa kata tersebut berdasarkan penggunaannya dalam al-Qur‟an. Hal ini dilihat amat penting bagi melihat perubahan makna kosa kata tersebut berdasarkan konteks penggunaannya secara menyeluruh. Pada akhirnya, dapat disimpulkan bahawa berlaku perubahan makna yang ketara bagi penggunaan kosa kata yang sama dalam bahasa Arab dan Melayu. Perubahan makna turut kelihatan bagi sesetengah kosa kata yang terdapat dalam al-Qur‟an dengan penggunaannya dalam konteks pengucapan bahasa Arab secara umum. Sebenarnya, situasi ini memberi petunjuk bahawa bahasa Arab dan bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang “hidup” dan akan terus dapat ditransformasi mengikut peredaran zaman dan keadaan. Bagi bahasa Arab pula, situasi ini tidak langsung merendahkan martabatnya kerana kaitan yang erat dengan al-Qur‟an yang terjamin pemeliharaannya oleh Allah SWT.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 19 Oct 2020 03:51
Last Modified: 19 Oct 2020 04:37
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/180

Actions (login required)

View Item View Item