Pengajaran Strategi Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia: Satu Kerangka Konseptual

Nurazan, Mohmad Rouyan and Kamarul Shukri, Mat Teh (2012) Pengajaran Strategi Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia: Satu Kerangka Konseptual. In: Seminar Serantau Institut Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI 2012), 01 January 1970, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.

Full text not available from this repository.

Abstract

Seiring dengan pendekatan yang berpusat kepada pembelajaran (learning centered) dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa, kajian berkaitan penggunaan strategi pembelajaran bahasa (SPB) telah berkembang dengan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Bidang P&P bahasa Arab di Malaysia tidak terkecuali. Hasil tinjauan literatur menunjukkan bahawa kebanyakan kajian yang telah dijalankan lebih bersifat deskriptif. Sekalipun kajian seumpama ini dilihat penting untuk membina profil penggunaan SPB pelajar-pelajar bahasa Arab ini, aspek pengajaran SPB (PSPB) seharusnya turut diterokai. Kertas yang lebih bersifat pembinaan kerangka konseptual melalui sorotan literatur ini dimulakan dengan tinjauan ringkas kajian SPB dalam konteks P&P bahasa Arab di Malaysia. Seterusnya, saranan penerokaan bidang pengajaran SPB dikemukakan dengan mengemukakan kewajaran pengajaran SPB dalam konteks P&P bahasa Arab di Malaysia, kepentingan SPB dan model-model utama PSPB yang dihasilkan oleh penyelidik lapangan SPB. Prinsip-prinsip utama pengajaran SPB turut dipersembahkan di akhir kertas untuk memberi panduan umum bagaimana mengaplikasi pengajaran SPB dalam kelas-kelas P&P bahasa Arab.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 19 Oct 2020 03:36
Last Modified: 19 Oct 2020 03:36
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/176

Actions (login required)

View Item View Item