Terjemahan Huruf Jar ?Min? dalam al-Qur?an al-Karim Mushaf Tajwid: Analisis Terhadap Surah al-Baqarah

Mohd Shahrizal, Nasir and Kamarul Shukri, Mat Teh (2012) Terjemahan Huruf Jar ?Min? dalam al-Qur?an al-Karim Mushaf Tajwid: Analisis Terhadap Surah al-Baqarah. In: Nadwah Serantau Bahasa dan Kesusasteraan Arab Ke-3, 03-04 October 2012, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

[img] Text
FH03-FBK-18-12585.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Di dalam bahasa Arab, “huruf” merupakan salah satu daripada komponen kalimah atau perkataan. Huruf jar pula merupakan satu kelompok huruf atau partikel yang membawa konotasi makna yang tersendiri apabila ia berada dalam satu ayat yang lengkap. Pada asasnya huruf jar hanya akan digandingkan dengan kata nama dalam sesuatu ayat. Bagi setiap huruf jar pula, ia membawa konotasi makna yang pelbagai, bergantung kepada fungsi maknanya dalam ayat. Antara huruf jar yang banyak digunakan dalam ayat ialah huruf jar “min” [من .[Jika diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa Melayu, secara lazimnya, ia membawa pengertian kata sendi nama “dari” atau “daripada”. Berdasarkan fungsi huruf jar ini yang membawa beberapa konotasi makna apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, makalah ini menganalisis terjemahan huruf jar “min” dalam terjemahan “Al-Qur‟an al-Karim Mushaf Tajwid” oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Selain daripada mengenal pasti makna huruf jar “min” dalam ayat al-Qur‟an, analisis turut menumpukan aspek ketepatan penggunaan terjemahan kata sendi nama mengikut hukum tatabahasa Melayu. Analisis tertumpu kepada terjemahan huruf jar “min” yang terdapat dalam surah al-Baqarah, dengan penggunaannya didapati pada 259 tempat. Makalah ini menemui beberapa kesalahan penterjemahan huruf jar “min” yang bertentangan dengan hukum penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” pada surah al-Baqarah dalam naskhah terjemahan “Al-Qur‟an alKarim Mushaf Tajwid” tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 19 Oct 2020 03:14
Last Modified: 19 Oct 2020 06:15
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/170

Actions (login required)

View Item View Item