Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah

Ahmed S.A, Alqodsi and Sharifah Norshah Bani, Syed Bidin (2017) Peranan Media Massa Kontemporari Dalam Pendidikan Fitrah Insaniah. In: Seminar Pendidikan Transdisiplin (STED 2017), 16-17 January 2017, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
FH03-FKI-17-08703.pdf
Restricted to Registered users only

Download (339kB)

Abstract

Kajian ini memilih televisyen sebagai media massa kontemporari yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada segenap lapisan masyarakat. Sepanjang kemunculan televisyen selama 53 tahun di Malaysia, iaitu bermula 28 Disember 1963 dengan RTM1, kini dunia penyiaran telah diserikan dengan saluran-saluran yang lebih menitikberatkan rancangan-rancangan Islamik. Hal ini menunjukkan perkembangan yang amat positif kerana televisyen (TV) adalah merupakan medium dakwah dan pendidikan yang amat penting kepada massa. Selain peranan utamanya untuk menyebarkan maklumat, TV juga berperanan sebagai agen mendidik, membujuk dan menghibur. Peranan ini merupakan komponen penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia yang secara fitrahnya memerlukan unsur-unsur ini. Pendidikan fitrah insaniah yang sejahtera adalah amat penting agar dapat mewujudkan suasana masyarakat yang mementingkan ilmu yang dapat membangunkan akal dan akhlak, bukan masyarakat yang hanya mengutamakan hiburan semata-mata. Fitrah Insaniah merujuk kepada pengakuan setiap insan tentang ketauhidan Allah s.w.t, dan penciptaan mereka dengan fitrah kehambaan yang sama. Ini bererti, seorang individu yang mempunyai fitrah insaniah yang sejahtera adalah yang sentiasa berusaha memelihara norma-norma perilakunya mengikut ketetapan wahyu. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji peranan media massa kontemporari, iaitu televisyen berkonsepkan Islam dalam pendidikan fitrah insaniah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang berdasarkan kepada analisis dokumen, iaitu rancanganrancangan TV al-Hijrah yang dipilih sebagai sampel kajian. Rancangan-rancangan TV al-Hijrah dipilih untuk dikaji kerana ia merupakan pelopor yang mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islam. Seterusnya, kajian juga menganalisis keselarian rancangan-rancangan yang ditayangkan di TV al-Hijrah dengan pendidikan Islam yang diasaskan atas pemuliharaan fitrah insaniah dan pembentukan generasi rabbani. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 7 hari bersiaran bermula jam 12.00 a.m sehingga 9.30 p.m terdapat 49 rancangan berkonsepkan agama yang ditayangkan kepada masyarakat, 10 (20.4%) daripadanya adalah rancangan khusus untuk kanak-kanak. Kesemua rancangan ini adalah berkonsepkan pemupukan akidah, ibadah dan akhlak yang merupakan prinsip-prinsip dalam pemuliharaan fitrah insaniah dan selari dengan pendidikan Islam. Kajian ini mencadangkan kepada massa khususnya ibubapa agar lebih prihatin dalam memantau rancangan-rancangan televisyen yang mampu menyuburkan fitrah yang sejahtera dalam diri anak-anak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, medium dakwah dan pendidikan Islam, fitrah insaniah
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 19 Nov 2020 06:33
Last Modified: 19 Nov 2020 06:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1671

Actions (login required)

View Item View Item