Pemikiran Tasawwuf Badi`Uzzaman Sa`Id Nursi Dalam Dakwah

Ahmed S.A, Alqodsi (2017) Pemikiran Tasawwuf Badi`Uzzaman Sa`Id Nursi Dalam Dakwah. In: Simposium Pembelajaran Diperibadikan, 25-26 January 2017, Kumpulan Pendidikan Diperibadikan , Fakulti Pendidikan , UKMalaysia.

[img] Text
FH03-FKI-17-08704.pdf
Restricted to Registered users only

Download (408kB)

Abstract

Allah s.w.t mengutuskan para Rasul untuk membimbing manusia ke jalanNya. Penyucian jiwa dan keluhuran ruh yang merupakan kunci utama tasawwuf amat diperlukan dalam kehidupan insan. Hal ini penting bagi membolehkan setiap insan mencapai keseimbangan jasadi dan ruhani , mengikut piawaian yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan Hadith. Badi`uzzaman Sa`id Nursi adalah antara tokoh pendakwah dan pemikir yang berpandangan bahawa tasawwuf yang bertunjangkan penyucian jiwa dan keluhuran ruh merupakan pemangkin untuk membolehkan seseorang muslim mengenal Allah s.w.t. Justeru, artikel ini bertujuan menganalisis pemikiran tasawwuf dalam dakwah Badi`Uzzaman Sa`id Nursi daripada karya ulung beliau, Rasa`il Nur. Oleh itu, data primer kepada kajian ini adalah berdasarkan analisis kandungan Rasa’il Nur. Kajian mendapati bahawa keistimewaan yang wujud dalam dakwah Badi`Uzzaman Sa`id Nursi adalah merupakan natijah daripada beberapa faktor yang turut menyumbang kepada pembinaan peribadi beliau. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya pemikiran tasawwuf dalam dakwah Badi`uzzaman Sa`id Nursi. Pemikiran ini terbina di atas asas-asas tasawwuf, iaitu al-`ajz (kelemahan), al-faqr (kefakiran), al-syafaqah( belas kasihan) dan al-tafkir( berfikir).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 19 Nov 2020 06:28
Last Modified: 19 Nov 2020 06:28
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1669

Actions (login required)

View Item View Item