Pengendalian Dokumentasi Amalan Penyusuan Anak Susuan Dalam Kalangan Ibu Susuan

Siti Fatimah, Salleh and Halimatus Saadiah, Mohamad Safir (2017) Pengendalian Dokumentasi Amalan Penyusuan Anak Susuan Dalam Kalangan Ibu Susuan. In: International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society (ISLAC 2017), 4-5 March 2017, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-17-08864.pdf
Restricted to Registered users only

Download (304kB)

Abstract

Pengambilan ibu susuan merupakan aktiviti proaktif bagi pihak penjaga dan bayi. Penyusuan adalah keperluan asas dan hak bagi bayi yang baru dilahirkan. Penyaksian dan pengakuan merupakan instrumen yang diperkenalkan syarak bagi tujuan pembuktian penyusuan. Kontemporari ini, berlaku isu pengambilan susu ibu secara ekspres dan penjualan susu ibu secara komersial oleh pihak tertentu. Pengendalian kepada amalan ini belum dipantau oleh pihak berkuasa secara rasmi. Implikasi dari amalan tersebut boleh menyebabkan berlaku kecelaruan dalam pensabitan nasab. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui amalan pendokumentasian penyusuan anak susuan dalam kalangan penjaga dan ibu susuan. Metodologi artikel ini adalah kajian kepustakaan dan temubual ibu susuan serta penjaga anak susuan tersebut. Amalan penyusuan dalam kalangan ibu susuan didapati berlaku pensabitan mahram susuan. Kepelbagaian cara untuk menyatakan bukti penyusuan dalam kalangan penjaga dan ibu susuan juga berlaku. Justeru, kajian susulan diperlukan bagi memurnikan proses pendokumentasian di peringkat pihak berkuasa agar tuntutan penjagaan nasab dapat dipelihara di sisi syariah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 19 Nov 2020 04:06
Last Modified: 19 Nov 2020 04:06
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1652

Actions (login required)

View Item View Item