Faktor jantina: efikasi kendiri kerjaya pelajar

Mohd Sani, Ismail and Siti Salina, Abdullah and Syed Mohamad, Syed Abdullah (2018) Faktor jantina: efikasi kendiri kerjaya pelajar. In: Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari (SQ2018), 15 Sep 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-15393.pdf
Restricted to Registered users only

Download (147kB)

Abstract

Kertas kerja ini melaporkan kajian yang bertujuan untuk melihat tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar-pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga cuba meninjau sama ada kedua-dua pembolehubah tersebut dapat dikaitkan dengan pembolehubah seperti jantina. Sampel kajian terdiri daripada 1060 orang pelajar yang dipilih dengan kaedah persampelan rawak bersistematik, mudah dan berkelompok di 106 buah sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Terengganu. Kajian yang dijalankan secara tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik digunakan untuk memungut data mempunyai dua skala kecil iaitu; (i) Maklumat dan biodata diri (ii) Skala efikasi kendiri kerjaya yang telah diuji dan didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha bagi efikasi kendiri kerjaya ialah 0.95. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu peratusan, frekuensi, ujian-t, min dan sisihan piawai bagi menjawab soalan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar berada pada tahap sederhana. Bagaimanapun efikasi kendiri kerjaya pelajar didapati berbeza secara signifikan berdasarkan jantina. Kesimpulannya berdasarkan kertas kerja ini dapatlah dirumuskan bahawa tahap efikasi kendiri kerjaya pelajar turut dipengaruhi oleh faktor jantina. Justeru itu, sebarang aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya perlulah mengambil kira faktor pembolehubah jantina.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 19 Nov 2020 02:03
Last Modified: 19 Nov 2020 02:03
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1626

Actions (login required)

View Item View Item