Zulkifli, Mohd and Jamalludin, Hashim and Asiah, Bidin and Engku Muhammad Tajuddin, Engku Ali and Syed Mohd Azmi, Syed Ab. Rahman (2017) Hukum Anak Luar Nikah Menjadi Imam. In: International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2017, 4-5 March 2017, UniSZA.
Image
FH03-FKI-17-09434.jpg Restricted to Registered users only Download (114kB) |
Abstract
Kedudukan dan status anak luar nikah sering menjadi perbincangandalam masyarakat termasuk mengaitkan kesahan tindakan mereka khususnya dalam perkara ibadat. Artikel ini bertujuan menghuraikan pandangan Islam terhadap status anak luarnikah dan hukum anak luar nikah menjadi imam solat berjemaah. Beberapa penulisan serta fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa fatwa di peringkat kebangsaan dan antarabangsadirujuk dan dianalisis.Hasil kajian menunjukkan anak luar nikah tidak sah tarafnya dan tidak boleh dibinkan kepada bapa biologinya.Meskipun begitu, status mereka sebagai seorang manusia yang merdeka perlu dihormati dan dilayan sebagaimana manusia biasa.Para fuqaha juga telah sepakat mengharuskan anak luar nikah menjadi imam dalam sembahyang jika syarat dan kriteria seorang imam dapat dipenuhisertasekiranya tiadaorang lain yang sah tarafnya yang layak dan boleh menjadi imam.Jika ada bersama anak luar nikah tersebut orang lain yang sah tarafnya yang layak dan boleh menjadi imam, para fuqaha telah berbeza pendapat mengenai keharusan anak luar nikah menjadi imam. Hasil daripada perbandingan antara pendapat-pendapat fuqaha terdahulu, pendapat yang mengharuskannya lebih kuat dan lebih sesuai untuk diterima pakai dalam suasana semasa dan realiti masyarakat pada hari ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 19 Nov 2020 01:48 |
Last Modified: | 19 Nov 2020 01:48 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1620 |
Actions (login required)
View Item |