Metodologi pendalilan Hukum dalam kitab al-Kifayah Karangan syeikh Abdul malik bin Abdullah (650m-736m)

Zurita, Mohd.Yusoff and Siti Fatimah, Salleh and Tengku Fatimah Muliana, Tengku Muda and Normadiah, Daud and Najihah, Abd Wahid (2017) Metodologi pendalilan Hukum dalam kitab al-Kifayah Karangan syeikh Abdul malik bin Abdullah (650m-736m). In: International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2017, 4-5 March 2017, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-17-09449.pdf
Restricted to Registered users only

Download (739kB)

Abstract

Syeikh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis yang lahir pada tahun 1650M telah memainkan peranan besar dalam penulisan karya fiqh. Penulisan karya fiqh oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah ini dianggap sebagai kesinambungan kepada kegiatan penulisan kitab-kitab fiqh terawal di Tanah Melayu yang dimulai oleh Syeikh Nūr al-Dīn al-Rānirī (meninggal pada tahun 1658M) dan Syeikh Abdul Ra’ūf al-Fanṣurī (1024H/1615M-1105H/1693M). Karya-karya fiqh karangan Syeikh Abdul Malik didapati masih kekal dalam bentuk manuskrip bertulisan tangan dan tidak dicetak dan menyebabkan masyarakat awam tidak dapat mengambil manfaat daripadanya. Di antara aspek terpenting yang perlu dikaji dan didedahkan kepada masyarakat ialah metodologi pendalilan hukum yang terdapat di dalamnya, khususnya dalam karya fiqh terbesar beliau iaitu Kitab al-Kifayah. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengkaji riwayat hidup Syeikh Abdul Malik dan apakah metodologi pendalilan yang terdapat di dalam kitab ini. Dengan menggunakan metod analisis dokumen, kajian mendapati selain daripada merujuk kepada dua sumber utama hukum islam iaitu al-Quran dan hadis, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah turut menggunakan kaedah qiyas, ʻurf dan kaedah fiqhiyyah. Hal ini telah membuktikan bahawa Syeikh Abdul Malik bukanlah ulama yang hanya menukilkan fakta-fakta fiqh yang telah sedia ditulis di dalam kitabkitab fiqh yang muktabar dalam Mazhab Syafie, tetapi juga seorang ulama yang mampu berijtihad dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat setempat ketika itu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 07:47
Last Modified: 18 Nov 2020 07:47
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1601

Actions (login required)

View Item View Item