Bank Susu Patuh Syariah Menurut Pandangan Ulama Kontemporari

Normadiah, Daud and Nurhidayah, Ashar (2017) Bank Susu Patuh Syariah Menurut Pandangan Ulama Kontemporari. In: The International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society (ISLAC 2017), 4-5 March 2017, Unisza, Kampus Gong Badak.

[img] Text
FH03-FKI-17-09450.pdf
Restricted to Registered users only

Download (406kB)

Abstract

Bank susu sangat terkenal di negara Barat. Cadangan pembinaan bank susu patuh syariah di negara Islam telah mencetuskan permasalahan dalam kalangan masyarakat Islam. Ini kerana, bank susu berkait rapat dengan penyusuan dalam Islam. Susu ibu yang diambil dari bank susu akan memberi impak terhadap pensabitan mahram susuan. Namun, bank susu patuh syariah ini berbeza dengan bank susu konvensional di negara Barat. Oleh itu, berdasarkan kepada pandangan ulama silam dan kontemporari terhadap cadangan pembinaan bank susu patuh syariah di Malaysia adalah sangat penting sebagai sumber bekalan susu ibu kepada bayi-bayi yang sangat memerlukan susu ibu dan juga kepada para ibu yang tidak mampu untuk menyusukan bayi atas masalah-masalah tertentu. Justeru, pembinaan bank susu patuh syariah di Malaysia sangat penting bagi menjamin kelangsungan hidup bayi pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi permasalahannya ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa di Malaysia telah mengharamkan penubuhan bank susu di Malaysia kerana dibimbangi berlakunya percampuran dan pertindihan mahram susuan serta melibatkan mafsadah yang lebih besar. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri pembinaan bank susu patuh syariah dan melihat sejauh manakah keperluan bayi kepada bank susu ini. Di samping itu, tujuan kajian ini dapat menjelaskan pandangan ulama silam dan kontemporari terhadap cadangan pembinaan bank susu patuh syariah di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mana data-data dan maklumat yang dikumpulkan akan dianalisis dalam bentuk kaedah analisis kandungan. Oleh yang demikian, kajian ini dapat memberi penjelasan kepada masyarakat tentang keharusan pembinaan bank susu patuh syariah. Selain itu, kajian ini dapat membuktikan bahawa pembinaan bank susu patuh syariah membawa lebih banyak maslahah dan menerangkan sejauh manakah keperluan bayi terhadap pembinaan bank susu patuh syariah ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 07:34
Last Modified: 18 Nov 2020 07:34
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1599

Actions (login required)

View Item View Item