Permohonan Fasakh Perkahwinan Kerana Penyalahgunaan Dadah Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pahang) 2005

Wan Mohd Yusof, Wan Chik and Norizan, Abdul Ghani and Syed Mohd Hafiz, Syed Omar and Zulkifli, Mohd (2017) Permohonan Fasakh Perkahwinan Kerana Penyalahgunaan Dadah Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Pahang) 2005. In: International Conference on Islam, Development & Social Harmony in Southeast Asia, 11-12 April 2017, Princess of Naradhiwas University, Narathiwat, Thailand.

[img] Text
FH03-FKI-17-09453.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Fasakh merupakan salah satu kaedah pembubaran perkahwinan yang diharuskan oleh syarak apabila terdapat aib pada salah seorang pasangan suami-isteri atau berlaku dharar (kemudaratan) terhadap pasangan berkenaan. Ini bertujuan mengelak kemudaratan daripada menimpa pasangan berkenaan dan anak-anak mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti adakah suami yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah boleh dijadikan alasan oleh isteri untuk mengemukakan permohonan fasakh perkahwinan kerana dharar. Bagi mencapai objektif ini Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang 2005 dan kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Pahang dikaji dan dianalisis. Berdasarkan analisis kandungan yang dilakukan terhadap dokumen berkenaan, kajian ini mendapati, terdapat peruntukan dalam enakmen ini dalam seksyen 53 (Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh) yang membenarkan isteri mengemukakan permohonan fasakh dengan alasan kemudaratan akibat suami telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Namun, alasan ini tidak dinyatakan secara jelas dalam seksyen berkenaan. Ia boleh dikategorikan sebagai alasan-alasan munasabah berdasarkan tafsiran mahkamah terhadap sub-seksyen (h) yang menyenaraikan beberapa contoh penganiayaan suami terhadap isteri dan sub-seksyen (l) berkaitan apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak. Selain itu, kajian kes di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang turut mendapati kes telah difailkan di mahkamah oleh pihak isteri bertujuan memohon fasakh kerana suami ketagihan dadah. Justeru, kajian ini mencadangkan agar permohonan pembubaran perkahwinan melalui fasakh boleh dikemukakan ke mahkamah demi menjaga kemaslahatan isteri dan pihak-pihak berkepentingan seperti anak-anak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 06:32
Last Modified: 18 Nov 2020 06:32
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1589

Actions (login required)

View Item View Item