Kedudukan ahl al-bayt dalam diwan al-shafi’i

Najihah, Abd Wahid and Anas, Mohd Yunus and Syh Noorul Madihah, Syed Husin and Normila, Noruddin@Che Ahmad (2018) Kedudukan ahl al-bayt dalam diwan al-shafi’i. In: ISLAC, 21 Aug 2018, UniSZA.

[img] Image
FH03-INSPIRE-18-17392.png
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Diwan al-Shafi'i adalah himpunan antologi puisi Imam al-Shafi'i r.h.m (150 H 204 H) yang sarat dengan pelbagai tema dan persoalan. Ia mengandungi lebih kurang 150 teks puisi ungkapan dengan pelbagai isu dan pemikiran yang diketengahkan oleh beliau. Kertas kerja ini membincangkan beberapa teks puisi Imam al-Shafi'i r.h.m. yang menyentuh tentang kedudukan Ahli al-Bayt di mana kupasan yang dilakukan adalah berkaitan komitmen dan pendirian Imam al-Shafi'i terhadap Ahli al-Bayt serta sanggahan-sanggahan terhadap fitnah yang dilontarkan kepada Ahli Bayt. Teks-teks ini perlu diperbahaskan serta diperhalusi bagi mengetahui pendirian Imam al-Shafi'i r.h.m. berkaitan isu Ahli al-Bayt yang sering dikaitkan dengan elemen-elemen Syiah. Beberapa ungkapan puisi yang diutarakan dilihat cenderung mengagungkan Ahli al-Bayt dan analisis kandungan dilakukan bagi menghuraikan isu ini dengan lebih terperinci. Hasil kajian mendapati ungkapan ungkapan puisi berkaitan kedudukan Ahli al-Bayt menunjukkan penghormatan Imam al-Shafi'i yang sangat tinggi terhadap Ahli al-Bayt dan ia tidak mengandungi unsur-unsur yang mendokong Syiah walaupun terdapat dakwaan tersebut terhadap Imam al-Shafi'i.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 05:01
Last Modified: 18 Nov 2020 05:01
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1585

Actions (login required)

View Item View Item