Integriti Penjawat Awan Negeri Terengganu

Ibrahim, Mamat and Wan Mohd Zaifurin, Wan Nawang (2017) Integriti Penjawat Awan Negeri Terengganu. In: The 1st International Conferance on Local Government & Social Sciences 2017, 26-28 April 2017, Tanjung Pinang Kepulauan Riau.

[img] Text
FH03-IDAMAN-17-09841.pdf
Restricted to Registered users only

Download (145kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji integriti penjawat awam di Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitaif dan borang soal selidik untuk mengumpul data primer. Seramai 460 orang dari seluruh Daerah Negeri Terengganu telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah persampelan berkadar. Kajian ini mendapati responden sangat berpuas hati dengan layanan penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Penghulu dan Pejabat Daerah dan Tanah. Sikap dan pengetahuan responden mengenai integriti berada di tahap baik dengan nilai min 7.50 di atas skala 10. Integriti penjawat awam juga berada di tahap baik iaitu pada nilai min 6.97. Kajian ini mendapati 85 isu integriti yang wujud dalam 17 agensi awam adalah bersifat sementara dan keperibadian penjawat awam. Isu yang bersifat sementara boleh diselesaikan sekiranya peruntukan kewangan mencukupi untuk mengatasinya seperti masalah letak kenderaan, kerosakan lif hospital dan infrastuktur tidak berfungsi. Manakala isu bersifat dalaman dan tingkah laku penjawat awam adalah sesuatu yang agak sukar untuk diselesaikan. Penjawat awam yang memberikan perkhidmatan kritikal seperti pegawai perubatan, jururawat dan pegawai penguatkuasa merupakan kumpulan paling ketara menunjukkan tingkah laku kurang baik ketika bertugas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: J Political Science > JS Local government Municipal government
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 03:26
Last Modified: 18 Nov 2020 03:26
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1566

Actions (login required)

View Item View Item