Tahap Penghayatan Agama dan Amalan Penggunaan Lestari Pengguna Wanita di Kuala Terengganu

Wan Abd Aziz, Wan Mohd Amin and Ibrahim, Mamat and Che Ku Noor Haniza, Che Ku Hitam and Mohd Yusri, Ibrahim (2017) Tahap Penghayatan Agama dan Amalan Penggunaan Lestari Pengguna Wanita di Kuala Terengganu. In: The International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (Islac 2017), 4-5 March 2017, Universiti Sultan Zainal Abidin.

[img] Image
FH03-IDAMAN-17-09842.jpg
Restricted to Registered users only

Download (116kB)

Abstract

Manusia berhadapan dengan empat situasi kritikal dalam memenuhi agenda kesinambungan tamadun iaitu populasi yang semakin meningkat,pembangunan yang pesat,keharmonian sejagat dan alam sekitar.Penglibatan individu dalam pemuliharaan alam sekitar seperti penggunaaan lestari dan kitar semula merupakan satu langkah besar dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengkaji tahap penghayatan agama dan amalan penggunaan lestari pengguna wanita di Kuala Terengganu. Analisis dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada keputusan kajian rintis yang diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada 135 pengguna wanita di Kuala Terengganu.Borang soal selidik kajian penghayatan agama dan amalan penggunaan lestari diadaptasi daripada kajian lepas dan digunakan sebagai alat kajian.Analisis faktor penerokaan dengan kaedah putaran varimax dijalankan dan hasil menunjukkan nilai eigenvalue melebihi satu dan menjelaskan sebanyak 68.37 peratus jumlah varian bagi pembolehubah penghayatan agama dan 53.50 peratus jumlah varian bagi pembolehubah amalan penggunaan lestari yang terdapat pada data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penghayatan agama adalah sederhana (min=6.15, sp=0.89) dan tahap amalan penggunaan lestari juga sederhana (min=6.07,sp=0.73).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 03:11
Last Modified: 18 Nov 2020 03:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1561

Actions (login required)

View Item View Item