Kefahaman Terhadap Al-Asma‟ Al-Husna Dan Kaitannya Dengan Ciri Al-Amanah Menurut Al-Ghazali Dalam Kitab Al-Maqsad Al-Asna

Mohd Hasrul, Shuhari and Akila, Mamat and Mohd Fauzi, Hamat (2017) Kefahaman Terhadap Al-Asma‟ Al-Husna Dan Kaitannya Dengan Ciri Al-Amanah Menurut Al-Ghazali Dalam Kitab Al-Maqsad Al-Asna. In: The International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society (ISLAC 2017), 4-5 March 2017, UniSZA.

[img] Image
FH03-FKI-17-09894.jpg
Restricted to Registered users only

Download (179kB)

Abstract

Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna merupakan perkara penting dalam Islam kerana ia telah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya. Setiap yang diarahkan oleh baginda s.a.w sudah pasti ada keistimewaannya dan kelebihannya kepada seseorang individu itu khususnya dalam kalangan umat Islam. Antara keistimewaan tersebut ialah dorongan menyemai ciri al-amanah dalam diri seseorang individu Muslim. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah memahami al-Asma’ al-Husna menurut al-Ghazali (m. 505). Hubung kait di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-amanah dalam diri seseorang individu Muslim juga diperjelaskan. Kertas kerja ini menggunakan metodologi analisis kandungan (content analysis) yang difokuskan kepada kitab tulisan al-Ghazali iaitu al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna. Kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna yang betul akan membantu dan mendorong seseorang individu Muslim itu memiliki ciri al-amanah kerana terdapat hubung kait yang signifikan di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-amanah tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 18 Nov 2020 02:13
Last Modified: 18 Nov 2020 02:13
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1553

Actions (login required)

View Item View Item