Penelitian terhadap pengenalan penggunaan mesin tangan program sijil teknologi pembinaan di Kolej Komuniti Bentong

Lukman Nul Hakim, M.T. and Hanif, M.L. (2018) Penelitian terhadap pengenalan penggunaan mesin tangan program sijil teknologi pembinaan di Kolej Komuniti Bentong. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 07 Nov 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-17554.pdf
Restricted to Registered users only

Download (176kB)

Abstract

Penggunaan mesin tangan dalam kalangan pelajar kolej komuniti adalah kerap disebabkan keperluan kurikulum pelajar. Setiap pelajar perlu mengetahui fungsi dan tugas setiap mesin bagi melaksanakan amali. Tetapi pelajar menghadapi kesukaran untuk menggunakan mesin tangan kerana kebanyakkan dari pelajar berasal dari aliran sains tulen, perakaunan dan kesenian semasa sekolah. Pelajar berasa takut dan bimbang untuk menggunakan mesin tangan. Perasaan takut ini wujud daripada gambargambar di media sosial mahupun berita yang menggambarkan kecedaraan yang dialami oleh pekerja industri. Justeru itu suatu demonstrasi telah dilakukan di Kolej Komuniti Bentong ke atas pelajar-pelajar Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan bagi mendedahkan kepada pelajar pengenalan penggunaan mesin tangan dengan betul dan selamat. Pelajar didedahkan secara menyeluruh penggunaan mesin tangan yang lazim digunapakai semasa pembelajaran beserta tatacara menggunakan alatan dengan selamat. Sebanyak tujuh buah mesin berlainan jenis digunakan untuk demonstrasi dan mesin-mesin ini diperolehi dari Bengkel Kerja Kayu. Kaedah syarahan, demonstarsi dan praktikal digunakan dalam sesi penyampaian ini. Menerusi pemerhatian di dalam bengkel, pelajar kerap memakai peralatan perlindungan diri semasa bekerja. Manakala membersihkan mesin menggunakan alat penyembur udara adalah paling lemah dilakukan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 07:49
Last Modified: 17 Nov 2020 07:49
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1534

Actions (login required)

View Item View Item