Persepsi guru terhadap pelaksanaan iklim dini dan hubungannya dengan prestasi sekolah

Raihan, Mohd Arifin and Kamarul Shukri, Mat Teh (2018) Persepsi guru terhadap pelaksanaan iklim dini dan hubungannya dengan prestasi sekolah. In: Seminar PdPc Abad Ke-21 Dan Karnival Inovasi Peringkat Kebangsaan 2018, 23 Apr 2018, IPGK Sultan Mizan.

[img] Text
FH03-FKI-18-18298.pdf
Restricted to Registered users only

Download (451kB)

Abstract

Iklim merupakan aspek yang penting selepas pengajaran dan pembelajaran dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kebanyakan pelajar amat mudah dipengaruhi dengan persekitaran yang tidak sihat jika tidak di awasi dengan baik. Banyak kajian lepas yang dibuat menunjukkan hubung kait yang kuat antara iklim sekolah dan kejayaan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyelidik persepsi guru terhadap pelaksanaan iklim dini di sekolah dan kesannya terhadap prestasi sekolah. Seramai 260 orang guru yang dipilih secara rawak daripada tiga belas buah sekolah kebangsaan di daerah Pekan terlibat dengan kajian ini. Penyelidikan ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian utama untuk mengumpul maklumat. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru secara keseluruhan terhadap pelaksanaan iklim dini pada tahap tinggi. Hasil kajian ini sedikit sebanyak memberi sumbangan terhadap implikasi teori dan pedagogi serta dijadikan panduan dalam meningkatkan kepimpinan sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 04:34
Last Modified: 17 Nov 2020 04:34
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1506

Actions (login required)

View Item View Item