Pembestarian wanita islam di bawah naungan al-quran: singkapan & harapan

Kamarul Shukri, Mat Teh (2018) Pembestarian wanita islam di bawah naungan al-quran: singkapan & harapan. In: Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari, 26 Nov 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-18299.pdf
Restricted to Registered users only

Download (661kB)
Official URL: http://www.fki.unisza.edu.my

Abstract

Elemen ilmu dan akhlak merupakan paksi pendidikan al-Quran al-Karim. Dalam konteks bahasa Melayu, pembestarian merupakan istilah yang hampir kepada makna tersebut, Justeru, kertas ini bermula dengan huraian makna semantik pembestarian dalam kerangka al-Quran al-Karim. Singkapan suasana pembestarian wanita Islam pada era awal kegemilangannya dimulakan dengan sorotan terhadap latar pendidikan wanita Arab pra Islam. Ini bagi menunjukkan kesan penurunan al-Quran terhadap perubahan nilai dan kedudukan wanita sebagai salah seorang ahli masyarakat. Beberapa senario pembestarian yang mengambarkan kegigihan Rasulullah SAW dan para sahabatnya dalam menyemai, menyubur dan menghargai keintelektualan dan keperibadian wanita diulas. Ini diikuti oleh singkapan ke atas beberapa tokoh intelek wanita di zaman kegemilangan Islam yang meneruskan gagasan pembestarian ummah. Di akhirnya, kertas ini mengemukakan beberapa harapan kepada ilmuwan wanita Islam dalam memperkasakan pembestarian ummah di Malaysia. Singkapan yang dilakukan sewajarnya menjadi momentum yang memberi sinar harapan kepada wanita-wanita Islam untuk terus maju dan berdaya-saing bagi mencapai keredhaan Allah s.w.t. dalam mencipta tamadun dan peradaban yang luhur.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 04:30
Last Modified: 17 Nov 2020 04:30
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1505

Actions (login required)

View Item View Item