Analisis ‘uruf semasa dalam pengurusan jenazah

Siti Hafsah, Musa and Siti Fatimah, Salleh (2018) Analisis ‘uruf semasa dalam pengurusan jenazah. In: International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15 Sep 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-20485.pdf
Restricted to Registered users only

Download (692kB)

Abstract

‘Uruf menurut Mazhab Syafie diambilkira sebagai salah satu sumber sekunder dalam mengenal pasti hukum-hukum fiqh yang khilaf, walaupun ‘uruf dianggap sebagai sumber perundangan Islam yang tidak disepakati. Penentuan hukum melalui sumber yang tidak disepakati sentiasa mengalami perubahan kerana berasaskan realiti semasa dan setempat. Hal ini termasuk hukum-hukum berkaitan pengurusan jenazah dalam bab ibadat menurut mazhab Syafie. Kajian akan menganalisis ‘uruf yang sahih dan fasid berkaitan dengan pengurusan jenazah di Malaysia dan menghurai secara langsung proses pengurusan jenazah di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan memperoleh data kajian melalui analisis dokumen dan analisis data proses pengurusan jenazah yang diperolehi sumber dari jabatan-jabatan Agama Islam, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan lain-lain agensi yang berkaitan. Data kajian ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tema (thematic analysis). menganalisis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat ‘uruf yang sahih dan fasid dalam pengurusan jenazah, serta ‘uruf berperanan dalam menentukan kedudukan hukum yang melibatkan proses pengurusan jenazah di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 01:57
Last Modified: 17 Nov 2020 01:57
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1476

Actions (login required)

View Item View Item