Konsep al-wasatiyyah dalam ‘akidah menurut ahli sunnah waljama’ah

Mohd Hafiz, Nordin and Mohd Hasrul, Shuhari (2018) Konsep al-wasatiyyah dalam ‘akidah menurut ahli sunnah waljama’ah. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC), 07 Nov 2018, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-20497.pdf
Restricted to Registered users only

Download (383kB)
Official URL: http://www.unisza.edu.my/medc2018

Abstract

Konsep al-wasatiyyah kebiasaannya difahami dengan makna kesederhanaan atau pertengahan di antara dua sikap ekstrem. Konsep ini juga difahami dengan skop yang lebih luas kerana ia merangkumi aspek akidah, ibadah, sosial, ekonomi dan pentadbiran. Namun mutakhir ini Islam tidak disifatkan sebagai agama yang adil oleh Barat berikutan kekecauan yang timbul oleh sebahagian kelompok manusia yang menisbahkan diri mereka kepada Islam. Perkara ini boleh dilihat apabila serangan-serangan keganasan yang timbul oleh kumpulan-kumpulan ISIS, al-Qaeda, Jamaah Islamiah dan lain-lain. Ini menjejaskan nama baik Islam sebagai suatu agama rahmat. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengetengahkan konsep al-wasatiyyah dalam akidah ahli sunnah waljamaah. Akidah merupakan asas bagi seseorang dalam membentuk sesuatu tindakan. Ahli sunnah waljamaah merupakan role model bagi agama Islam yang bersifat sederhana. Mereka bukan sahaja mempromosi nilai-nilai kebaikan yang diterima oleh semua manusia, bahkan menentang keganasan dan kezaliman dengan penuh hikmah. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dalam mendapatkan hasil kajian. Kajian ini juga mendapatkan data serta maklumat melalui kaedah dokumentasi, induktif serta analisis untuk mendapatkan kesimpulan terhadap maklumat-maklumat yang dikemukakan. Hasil kajian mendapati bahawa golongan ahli sunnah waljamaah sangat menonjol dalam memperkenalkan konsep alwasatiyyah dalam akidah. Akidah yang terselamat merupakan akidah yang meraikan norma manusia tanpa mengabaikan syarak. Akidah ini dipelopori oleh dua kumpulan manusia yang terkenal dengan nama al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 17 Nov 2020 00:51
Last Modified: 17 Nov 2020 00:51
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1469

Actions (login required)

View Item View Item