Penelitian terhadap pelaksanaan kursus pra perkahwinan islam di Malaysia

Nizaita, Omar and Siti Murdiah, Salleh and Rahimah, Embong and Ruzaini, Sulaiman and Zulkifly, Muda (2018) Penelitian terhadap pelaksanaan kursus pra perkahwinan islam di Malaysia. In: Seminar kebangsaan Majlis Dekan pendidikan Universiti Awam, 08 Nov 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FUPL-18-20518.pdf
Restricted to Registered users only

Download (126kB)

Abstract

Kelangsungan sesebuah perkahwinan amat bergantung kepada persediaan mental, fizikal, emosi dan spiritual suami dan isteri. Syariat Islam amat mementingkan pengurusan dan sistem kekeluargaan yang mapan kerana corak kehidupan sebuah keluarga mampu mempengaruhi corak kehidupan sebuah masyarakat. Mutakhir ini, permasalahan rumahtangga bagi pasangan muda sering diperbincangkan. Kes perceraian sentiasa meningkat daripada tahun ke tahun. Apa yang menjadi persoalan, perceraian yang berlaku adalah melibatkan pasangan muda yang telah diwajibkan mengikuti Kursus Pra Perkawinan Islam. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti bentuk modul yang diguna pakai dalam kursus ini di samping turut meninjau corak pentadbiran dan pengurusan dalam pelaksanaannya. Dalam kajian ini, kaedah kualitatif digunakan. Kajian kepustakaan melalui dokumen-dokumen terpilih diperlukan bagi mendapatkan maklumat semasa dan pemahaman yang jelas berhubung permasalahan yang dikaji. Kaedah turut serta dan pemerhatian terhadap kursus yang dijalankan juga dilaksanakan bagi mendapat gambaran sebenar dan jelas dan tepat. Malah kaedah temubual yang melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan juga turut dijalankan. Diharapkan artikel ini memberi kesedaran dan input yang berguna dalam memahami kewajipan sesuatu polisi yang dibangunkan oleh pihak kerajaan termasuk hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan institusi kekeluargaan di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 08:12
Last Modified: 16 Nov 2020 08:12
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1465

Actions (login required)

View Item View Item