Pembangunan Indeks Pematuhan Akidah Terhadap Projek Genom Melayu di Malaysia

Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi and Mohd Hudzari, Haji Razali and Wan Rohani, Wan Taib and Syarilla Iryani, Ahmad Saany and Norazmi, Anas (2017) Pembangunan Indeks Pematuhan Akidah Terhadap Projek Genom Melayu di Malaysia. In: International Conference om Religion and Society, 22 August 2017, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
FH03-FKI-17-10511.pdf
Restricted to Registered users only

Download (340kB)

Abstract

Penyelidikan Genom Melayu (PGM) sangat menyumbang dalam bidang perubatan yang telah dipelopori oleh para penyelidik Pusat Farmakogenomik (iPROMISE), Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Alam, Selangor. Hasilnya, pengkalan data berkaitan struktur genetik bangsa Melayu dapat membantu dalam penghasilan ubat-ubatan baharu, mendiagnosis penyakit seterusnya meramal kerintangan penyakit-penyakit tersebut terhadap ubat-ubat tertentu. Ia lebih terarah kepada bidang perubatan khususnya farmakologi dan penghasilan ubat- ubatan. Penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk mendedahkan kepada umum tentang PGM secara umum serta hubungkaitnya dengan maqasid syariah dari perspektif Islam. Selain itu, dibincangkan juga cadangan penyelidikan lanjutan berkaitan pembangunan Indeks Pematuhan Akidah Islam (IPAI) terhadap projek ini supaya penyelidikan tersebut selari dengan syariat Islam dan norma kemanusiaan. Secara umumnya, penyelidikan IPAI terhadap PGM ini bersifat multidisciplinary research melibatkan kajian sains bioteknologi yang diintegrasikan dengan asas Islam serta bertepatan dengan Teras ke-4 dalam Polisi Bioteknologi Kebangsaan yang menggalakkan penyelidikan bersifat multi- disiplin bagi meningkatkan pembangunan teknologi seterusnya melahirkan pengetahuan- pengetahuan baharu. Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung dapat menyumbang korpus pengetahuan baharu hasil pengintegrasian kedua-dua bidang (Pengajian Islam & Bioteknologi) yang selari dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area-NKEA) bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 07:09
Last Modified: 16 Nov 2020 07:09
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1455

Actions (login required)

View Item View Item