Penggunaan dalil naqli dan ‘aqli dalam akidah ketuhanan menurut al-ghazali

Mohd Fauzi, Hamat and Mohd Hasrul, Shuhari (2018) Penggunaan dalil naqli dan ‘aqli dalam akidah ketuhanan menurut al-ghazali. In: Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah Dan Agama, 25 Apr 2018, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.

[img] Text
FH03-FKI-18-20917.pdf
Restricted to Registered users only

Download (385kB)
[img] Text
FH03-FKI-18-20918.pdf
Restricted to Registered users only

Download (305kB)

Abstract

Akidah ketuhanan adalah antara topik yang diambil perhatian oleh para ilmuwan Islam sejak zaman awal Islam. Ia diajar dengan menggunakan pelbagai dalil merangkumi dalil ‘aqli dan naqli untuk mengisbatkan dan mempertahankan akidah. Para ulama telah menetapkan garis panduan dalam perkara tersebut agar tidak terkeluar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Antara tokoh yang terlibat menghuraikan perkara ini ialah al-Ghazali (m. 505H) yang telah diangkat kedudukannya tanpa khilaf oleh ilmuwan dunia Islam sebagai mujaddid (pembaharu agama) bagi abad kelima. Jadi, kertas kerja ini mengetengahkan huraian alGhazali tentang penggunaan dalil naqli dan ‘aqli berkenaan akidah ketuhanan berdasarkan beberapa karyanya yang terpilih. Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) terhadap beberapa karya pilihan untuk menghasilkan output penyelidikan. Di akhir perbincangan, akan dirumuskan beberapa aspek pemikiran tokoh tersebut tentang penggunaan dalil-dalil secara harmoni. Kertas ini akan merumuskan bahawa al-Ghazali telah menggariskan beberapa dalil ‘aqli dan naqli yang sesuai berkenaan akidah ketuhanan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 06:09
Last Modified: 16 Nov 2020 06:09
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1446

Actions (login required)

View Item View Item