Faham Fiqh Al-Aqsa : Medium Alternatif Epembelajaran Bercirikan Utilitarian Berkaitan Masjid Al-Aqsa Dan Baitul Maqdis

Ahmed S.A, Alqodsi and Sharifah Norshah Bani, Syed Bidin (2017) Faham Fiqh Al-Aqsa : Medium Alternatif Epembelajaran Bercirikan Utilitarian Berkaitan Masjid Al-Aqsa Dan Baitul Maqdis. In: Seminar Pendidikan Serantau Ke VIII, 7 September 2017, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
FH03-FKI-17-11200.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kecenderungan masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Palestin menunjukkan bahawa masyarakat, terutama masyarakat Malaysia, berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai Palestin dan sentiasa cuba membantu rakyat Palestin mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis dari cengkaman penjajahan Zionis Israel. Oleh itu, artikel ini membincangkan mengenai medium e-pembelajaran bercirikan utilitarian, yang diberi nama Faham Fiqh al-Aqsa (FAQ). FAQ adalah merupakan blog yang dibangunkan bertujuan memberikan maklumat yang tepat tentang Masjid alAqsa dan Baitul Maqdis kepada masyarakat. Blog ini dibina berasaskan kepada model ADDIE, yang melalui 3 fasa sahaja, iaitu analisis, rekabentuk dan pembangunan. Laman blog ini dibangunkan secara akses terbuka dan percuma kepada semua pengguna internet. Keistimewaan FAQ kerana ia menyediakan maklumat yang tepat mengenai Masjid alAqsa dan Baitul Maqdis daripada sumber yang berautoriti. Lebih menarik, sub-sub topiknya disusun mengikut pecahan segmen bagi memudahkan pengguna membuat capaian kepada topik yang dikehendaki. Setaip pecahan segmen mengandungi video diskusi pakar mengenai Masjid al-aqsa dan Baitul Maqdis. Selain itu, FAQ juga bercirikan interaktif, yang dimanifestasikan melalui butang-butang yang disediakan di dalam blog, iaitu ; butang kuiz, butang ruangan komen (chatt box). Di samping itu,disediakan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, bagi membolehkan ibubapa dan pendidik menyemai rasa cinta kepada masjid ketiga tersuci dalam Islam ini, dalam jiwa anak-anak semenjak kecil. Permainan tersebut ialah permainan mencantumkan gambar Masjid al-Aqsa(jigsaw puzzle) dan halaman untuk mewarna (coloring page) gambar Masjid al-Aqsa. Pendek kata, blog FAQ dibina agar bersesuaian dengan keperluan semua pengguna yang ingin mendalami tentang Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis. FAQ disediakan dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu, dan ia dijangka dapat mengisi kelompangan medium alternatif e-pembelajaran berkaitan dengan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis untuk masyarakat serantau atau masyarakat yang memahami bahasa Arab dan bahasa Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 04:40
Last Modified: 16 Nov 2020 04:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1436

Actions (login required)

View Item View Item