Syiah Di Malaysia: Perbandingan Antara Ithna ‘Asyariyyah Dan Daudi Bohra

Rahimah, Embong and Fadzli, Adam and Mohd Afandi, Salleh and Basri, Ibrahim and Mohd Safri, Ali and Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Ahmad Fahim, Ali (2017) Syiah Di Malaysia: Perbandingan Antara Ithna ‘Asyariyyah Dan Daudi Bohra. In: Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization, 7-8 October 2017, Blok Akademik Unisza Kampus Gong Badak.

[img] Text
FH03-INSPIRE-17-11204.pdf
Restricted to Registered users only

Download (566kB)

Abstract

Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar selepas Sunni mewakili 10-15 peratus penganut Islam di seluruh dunia dengan majoriti berada di Iran, Iraq, Azerbaijan dan Bahrain. Di Malaysia, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1996 memutuskan Syiah bercanggah dengan ajaran Sunni dan tidak dibenar untuk disebarkan. Namun, bilangan pengikut Syiah di Malaysia dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa. Masalah ini jika tidak diurus pasti akan membawa masalah kepada umat Islam di negara ini. Tambahan pula, krisis perang Syria dikatakan turut berpunca daripada sentimen mazhab Sunni-Syiah. Berdasarkan data dari JAKIM, Syiah di Malaysia terdiri daripada tipologi yang berbeza iaitu Ithna ‘Asyariyyah, Daudi Bohra dan Isma’iliyyah Agha Khan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan mengupas rukun agama bagi dua kumpulan Syiah yang terbesar di Malaysia; Ithna ‘Asyariyyah dan Daudi Bohra. Kutipan data dijalankan melalui kaedah dokumentasi serta temubual terhadap responden terpilih seterusnya dianalisis oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati walaupun kedua-dua kumpulan datang dari jalur yang sama, namun perbezaan antara mereka amat jelas terutama hal berkaitan Imamah, dan rukun asas agama. Data yang dikumpul dan dianalisis akan dapat dijadikan rujukan oleh masyarakat dan pihak berwajib seperti JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama dalam memahami dengan lebih terperinci tipologi kumpulan Syiah yang terbesar di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 04:36
Last Modified: 16 Nov 2020 04:36
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1435

Actions (login required)

View Item View Item