Ulama Rabbani Pembimbing Umara dalam Pembangunan Ummah Menurut Tok Ku Paloh

Syed Hadzrullathfi, Syed Omar and Rahimah, Embong and Rohaizan, Baru and Najihah, Abd Wahid and Engku Ibrahim, Engku Wok Zin and Fadzli, Adam (2017) Ulama Rabbani Pembimbing Umara dalam Pembangunan Ummah Menurut Tok Ku Paloh. In: Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization, 7-8 October 2017, Blok Akademik Unisza Kampus Gong Badak.

[img] Text
FH03-INSPIRE-17-11205.pdf
Restricted to Registered users only

Download (397kB)

Abstract

Ulama dan umara merupakan dua kumpulan manusia yang memainkan peranan penting dalam menentukan kesejahteraan masyarakat dalam sesebuah pemerintahan. Apabila rosak salah satu daripada kedua-duanya, sudah pasti masyarakat yang berada di bawah pentadbiran mereka akan turut menghadapi kemusnahannya. Justeru, artikel ini bertujuan mengetengahkan ciri penting perlu dimiliki oleh barisan ulama yang bertindak sebagai pembimbing para umara, dalam usaha membina masyarakat sejahtera sebagaimana disarankan oleh seorang tokoh ulama sufi Terengganu kurun 19M. Kaedah analisis kandungan digunakan terhadap karya tokoh kajian bagi meneroka pemikiran serta pandangan tokoh berkaitan ciri ulama rabbani pembimbing umara. Kajian mendapati bahawa ciri utama pembentukan ulama rabbani menurut Tok Ku Paloh adalah tertumpu kepada pemupukan tauhid hakiki dalam diri individu. Proses mencapai gelaran tersebut menurut beliau adalah tertakluk sejauh mana seorang mampu melalui proses tiga peringkat mengingati Allah yang merupakan elemen penting tauhid hakiki. Ulama rabbani yang lahir menerusi pembinaan tauhid hakiki, mampu menjadi pembimbing umara dalam pembangunan ummah cemerlang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 04:31
Last Modified: 16 Nov 2020 04:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1433

Actions (login required)

View Item View Item