Fadzli, Adam and Muhamad Farhan, Samsuddin (2017) Nur Muhammad Dan Nur Panjtan: Satu Perbandingan. In: International Conference of Empowering Islamic Civilization, 7 - 8 October 2017, UniSZA.
Text
FH03-INSPIRE-17-11207.pdf Restricted to Registered users only Download (287kB) |
Abstract
Pemahaman tentang hakikat Nur Muhammad ini berkaitan dengan makhluk yang pertama diciptakan oleh Allah SWT. Isu kejadian awal makhluk ini juga menjadi perbincangan dalam aliran tarekat tasawuf dan dalam aliran Syiah Namun begitu dalam isu hakikat Nur Muhammad ini sebahagian para sarjana hadis menolak kejadian pertama makhluk adalah Nur Muhammad. Malah ada yang mengaitkan kejadian hakikat Nur Muhammad ini telah terpengaruh dengan konsep Nur Panjtan yang wujud dalam aliran Syiah. Kajian ini bertujuan membandingkan antara Nur Muhammad dengan Nur Panjtan melalui dari tiga aspek utama iaitu (1) dari sudut dalil yang dikemukakan oleh kedua-dua aliran, (2) aspek persamaan yang wujud antara keduanya dan seterusnya (3) kajian ini akan melihat perbezaan konsep Nur Muhammad dengan Nur panjtan. Kajian kualitatif ini menggunakan metode dokumentasi dan temu bual bagi memperoleh data. Kajian mendapati kedua-dua aliran Syiah dan tasawuf merujuk kepada dalil yang sama sebagai hujah bahawa cahaya Nabi Muhammad SAW adalah makhluk terawal dicipta. Namun, konsep Nur Panjtan yang difahami oleh Syiah mempunyai perbezaan ketara berbanding konsep hakikat Nur Muhammad yang difahami oleh tasawuf. Implikasi dari kajian ini dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat hari ini. Selain itu juga, dapat memberi sumbangan kepada pihak berwajib untuk menjawab tuduhan yang dikeluarkan oleh sesetengah golongan yang mengatakan tasawuf terpengaruh dengan aliran Syiah yang sesat.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 16 Nov 2020 04:19 |
Last Modified: | 16 Nov 2020 04:19 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1428 |
Actions (login required)
View Item |