Ahmed S.A, Alqodsi and Sharifah Norshah, Syed Bidin (2017) Faham Fiqh Al-Aqsa (FAQ). In: Unisza CARNIVAL ON E LEARNING (UNICEL 2017), 3-4 May 2017, UniSZA.
Text
FH03-FKI-17-11299.pdf Restricted to Registered users only Download (86kB) |
Abstract
Masjid al-Aqsa di Palestin merupakan masjid ketiga tersuci dalam agama Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Rasulullah s.a.w dalam hadis Baginda, menggesa umat Islam untuk menziarahi Masjid al-Aqsa untuk beribadah meskipun dalam keadaan bersusah payah untuk sampai kepadanya. Masjid ini mencatatkan sejarah penting dalam Islam, di mana al-Quran merakamkan peristiwa Isra dan Mi'raj Rasulullah sa.w. yang melibatkan perjalanan di malam hari (isra') dari Masjidi Haram ke Masjid al-Aqsa dan seterusnya diangkatkan Baginda (mi`raj) ke hadrat Allah s.w.t. untuk menerima taklif solat lima waktu.. Justeru dengan kedudukannya sebagai masjid ketiga di dalam Islam, masjid al-Aqsa ini terkait dengan beberapa hal ehwal adab dan hukum Islami. Faham Fiqh al-Aqsa (FAQ) menyediakan satu medium pembelajaran berkaitan Masjid al-Aqsa dengan berkonsepkan soal jawab, iaitu dengan memberi tumpuan kepada soalan-soalan popular yang selalu ditimbulkan dalam masyarakat. FAQ disediakan dalam bentuk audio video dalam bahasa Arab dengan sarikata terjemahan dalam bahasa Melayu.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 16 Nov 2020 03:03 |
Last Modified: | 16 Nov 2020 03:03 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1406 |
Actions (login required)
View Item |