Manual Tajwid Audio Untuk OKU Penglihatan Islam

Sharifah Norshah Bani, Syed Bidin and Wan Mohd Khairulfirdaus, Wan Khairuldin and Tasnim, Abdul Rahman and Wan Fajrulhisyam, Wan Abdullah (2017) Manual Tajwid Audio Untuk OKU Penglihatan Islam. In: UniSZA Carnival On E-Learning, 3-4 May 2017, UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-17-11300.pdf
Restricted to Registered users only

Download (97kB)

Abstract

Manual Tajwid Audio (MATA) ini adalah merupakan alat bantu pembelajaran Tajwid al-Quran yang membolehkan golongan OKU penglihatan Islam dapat mempelajari tajwid dengan mudah. Ini kerana, buku-buku tajwid dalam versi braille belum terdapat di pasaran. Selain itu, majoriti golongan OKU penglihatan Islam juga tidak tahu membaca huruf-huruf braille. Dalam siri 1 ini dimuatkan dengan asas-asas tajwid berserta contoh-contoh yang mudah. Keunikan kaedah pembelajaran berbantukan cakera padat ini adalah kerana ia berkonsepkan suasana pembelajaran dalam kelas secara interaktif, iaitu soal jawab di antara guru dan murid, sambil meraikan kaedah tertua pengajaran dan pembelajaran al-Quran, iaitu Talaqqi dan Musyafahah. Dalam hal ini, sebahagian segmen memperdengarkan bacaan al-Quran oleh guru, diikuti dengan bacaan murid. Guru menunjukcara setiap huruf, kalimah dan ayat-ayat manakala murid akan turutserta menyebut sebagaimana sebutan guru. Manual ini direka sedemikian bagi memudahkan pendengar memahami setiap topik yang dibincangkan. Ini kerana, sasaran utama pengguna manual tajwid audio ini adalah golongan OKU Penglihatan Islam yang bergantung semata-mata kepada pendengaran untuk memahami hukum-hukum berkaitan ilmu tajwid. Justeru, pendengar yang terdiri dari golongan OKU penglihatan dapat merasai suasana pembelajaran al-Quran seolah-olah mereka "melihat" dan berada di hadapan guru masing-masing. Walau bagaimanapun, sasaran penggunaan manual tajwid audio ini boleh dikembangkan kepada setiap muslim dari sama ada kanak-kanak, remaja, mahupun golongan dewasa yang ingin mendalami ilmu tajwid dengan cara yang lebih santai tetapi berkesan. Penggunaan Manual Audio Tajwid ini juga bersifat 2 dalam 1, di mana pengguna boleh mendengar manual audio tajwid ini sambil memandu, atau memasangnya semasa melakukan kerja-kerja harian di pejabat dan lain-lain.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 16 Nov 2020 02:58
Last Modified: 16 Nov 2020 02:58
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1404

Actions (login required)

View Item View Item