Sumayyah, Abdul Aziz and Nadhirah, Nordin and Tengku Fatimah Muliana, Tengku Muda (2018) Peranan maqasid dan epistemologi ilmu islam dalam isu berkaitan wanita islam. In: International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15 Sep 2018, UniSZA.
Text
FH03-FKI-19-22948.pdf Restricted to Registered users only Download (430kB) |
Abstract
Wanita berhadapan dengan kemelut yang luar biasa samada berbentuk dalaman atau luaran. Cabaran luaran terutamanya daripada media-media massa dan globalisasi membawa wanita Muslimah kepada tumpuan dunia. Cabaran dalaman, berbentuk emosi yang kompleks turut menyumbang kepada keperluan wanita memandu peribadi menurut ilmu berteraskan pemahaman yang tepat berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Persoalan peranan wanita menjadi satu terma dalam perbincangan pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang akademik. Maka menjadi keperluan untuk kita menelusuri kembali kepada kedudukan maqasid dan epistemologi ilmu. Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan peranan maqasid dalam epistemologi ilmu dalam menyelesaikan isu dan peranan berkaitan wanita agar selaras dengan disiplin ilmu Islam. Metod yang digunakan ialah deduktif dan induktif. Dapatan kajian ini mendapati kepentingan menjadikan maqasid dan epistemologi ilmu Islam sebagai teras membangunkan peranan dan hak wanita agar disiplin ilmu Islam dapat dipelihara dan isu berkaitan wanita tidak terkesan dengan fahaman sekularism dan feminsm.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 12 Nov 2020 06:48 |
Last Modified: | 12 Nov 2020 06:48 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1355 |
Actions (login required)
View Item |