Bebanan tugas dan prestasi guru bahasa inggeris: Satu kajian literatur

Norfazila, Ghazali and Mustafa, Che Omar and Raihan, Mohd Arifin (2018) Bebanan tugas dan prestasi guru bahasa inggeris: Satu kajian literatur. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 01 Nov 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-22987.pdf
Restricted to Registered users only

Download (233kB)

Abstract

Kajian kualitatif ini dijalankan untuk mengkaji tahap prestasi guru Bahasa Inggeris dalam mengajar murid-murid Literasi dan Numerasi (LINUS) di sekolah rendah di Pantai Timur. Prestasi mereka menjadi satu isu menarik untuk dibincangkan kerana ia juga menyumbang kepada faktor penentu kepada pencapaian murid dalam program LINUS di sekolah. Prestasi guru Bahasa Inggeris juga telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pencapaian murid dalam literasi awal. Isu bebanan kerja guru juga telah menyumbang kepada kemerosotan prestasi kerja guru di sekolah. Pada akhir tahun 2017, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu program baru yang dikenali sebagai Rangka Kerja Rujukan Bahasa untuk Bahasa (CEFR) bagi pelajar tahun 1 dan 2 tahun di sekolah rendah. CEFR secara tidak langsung memberikan bebanan baharu kepada guru-guru Bahasa Inggeris khasnya. Hal ini kerana pada permulaan pengenalan program ini, guru masih tidak kompeten dalam melaksanakan program dan murid juga sukar untuk menguasai kemahiran yang diperlukan. Mereka juga sukar memahami sukatan baharu yang disediakan dan ia menyumbang kepada kemerosotan prestasi guru dalam pengajaran. Untuk mencapai matlamat, kajian ini menggunakan teknik analisis dokumen iaitu melalui kajian literatur. Berdasarkan hasil analisis data, kajian ini mendapati bahawa guru menghadapi pelbagai kesulitan dalam melaksanakan program-program baru dan menghadapi murid bermasalah pada waktu yang sama. Oleh itu, mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan alat bantu pengajaran yang dibekalkan dan memerlukan kesediaan mental dan fizikal yang mencukupi bagi mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki. Di samping itu, guru yang tidak mahir juga menghadapi tekanan kerja dan seterusnya menjadi punca prestasi kerja mereka semakin menurun.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 12 Nov 2020 06:29
Last Modified: 12 Nov 2020 06:29
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1350

Actions (login required)

View Item View Item