Analisis isu dan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam program pendidikan khas integrasi (PPKI)

Hammadah, Abdul Rahman and Mustafa, Che Omar (2018) Analisis isu dan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam program pendidikan khas integrasi (PPKI). In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan University Awam 2018, 01 Nov 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-22988.pdf
Restricted to Registered users only

Download (400kB)

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai permasalahan dan isu dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) Pendidikan Islam bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) penglihatan. Program Pendidikan Khas Integrasi dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolahsekolah harian biasa dan juga melalui Program Pendidikan Inklusif (PPI) dengan mencantumkan murid berkeperluan khas (MBK) dengan murid tipikal (arus perdana) di dalam satu kelas. Mengikut akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3[2], seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika mereka mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Masalah timbul apabila proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) untuk murid Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan perancangan yang rapi berbanding murid arus perdana. Sebagai contohnya, murid OKU penglihatan memerlukan tenaga pengajar yang mahir dalam menggunakan Braille. Bagi proses pdp Pendidikan Islam, faktor kekurangan guru yang menguasai Kod Braille al-Quran, penggunaan BBM dan alat multimedia yang bersesuaian dengan mereka menjadi cabaran utama dalam memartabatkan murid PPKI. Penyediaan kemudahan al-Quran Braille Digital, buku teks Braille dan BBM terkini dilihat sebagai satu usaha yang sangat bermakna dalam meningkatkan kecemerlangan proses pdp murid OKU penglihatan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 12 Nov 2020 06:25
Last Modified: 12 Nov 2020 06:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1348

Actions (login required)

View Item View Item