Isu keselamatan sistem pendaftaran tanah berkomputer (SPTB) di Malaysia: Satu tinjauan

Noraida, Harun and Noor ‘Ashikin, Hamid and Kamaliah, Salleh and Asiah, Bidin and Jady@Zaidi, Hassim (2018) Isu keselamatan sistem pendaftaran tanah berkomputer (SPTB) di Malaysia: Satu tinjauan. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM AND GLOBAL ISSUES 2018 (iCIGI 2018), 26 Mac 2018, KELANTAN.

[img] Image
FH03-FUHA-19-23023.jpg
Restricted to Registered users only

Download (2MB)
[img] Text
FH03-FUHA-19-23024.pdf
Restricted to Registered users only

Download (180kB)

Abstract

Menurut Jadual Keempat Belas (seksyen 5A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), dalam sistem Pendaftaran Berkomputer (SPTB), tanah yang terletak di bawah hak milik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah disediakan dalam dua bentuk iaitu dokumen hak milik daftaran komputer (DHDK) yang disimpan di pejabat tanah manakala dokumen hak milik keluaran komputer (DHKK) diberikan kepada tuan punya tanah di mana tuan punya tanah boleh pada bilabila masa memohon untuk menukarkan dokumen hak milik keluaran kepada dokumen hak milik keluaran cetakan komputer dengan menyerahkan dokumen hak milik keluaran yang asal kepada pejabat pendaftaran tanah. Tetapi menurut peraturan 8 (5) Jadual Keempat Belas KTN. Pendaftar mempunyai budi bicara boleh menukarkan dokumen hak milik keluaran tanpa permohonan tuan punya tanah. Dengan dokumen hak milik ini, tuan punya tanah akan mendapat hak milik tidak boleh disangkal dan berhak untuk memecah lot sempadan tanah, menyatukan tanah dan memecah bahagi bangunan serta membuat pindah milik, gadaian dan pajakan di atas tanah tersebut. Berdasarkan metode analisis kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah mengenai pencurian maklumat dalam SPTB digunakan dalam kajian ini untuk melihat keselamatan sistem pendaftaran berkomputer dalam menjaga hak milik tuan punya tanah. Hasil kajian membuktikan berlakunya pencurian dan ketidaktetapan maklumat terhadap urus niaga yang dilakukan dalam SPTB di pejabat tanah. Penulisan ini juga turut membincangkan cara – cara penyelesaian penipuan pencurian maklumat menurut Islam demi menjaga keselamatan hak milik pihak-pihak berkepentingan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 12 Nov 2020 04:54
Last Modified: 12 Nov 2020 04:54
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1343

Actions (login required)

View Item View Item