PENILAIAN SEMULA TERJEMAHAN MAKNA AYAT -AYAT KAWNIYYAT: SATU KAJIAN CONTOH TERHADAP AYAT-AYAT AL-QURAN MENGENAI PENCIPTAAN HAIWAN

Ahmad Farid, Ibrahim (2012) PENILAIAN SEMULA TERJEMAHAN MAKNA AYAT -AYAT KAWNIYYAT: SATU KAJIAN CONTOH TERHADAP AYAT-AYAT AL-QURAN MENGENAI PENCIPTAAN HAIWAN. In: INTERNATIONAL SEMINAR ON AL-QURAN IN CONTEMPORARY SOCIETY ( SQ 2012), 01-02 December 2012, PERMAI HOTEL KUALA TERENGGANU.

[img] Text
FH03-FKI-17-09883.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Al-Qur’an yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dan umat Islam adalah kitab suci yang merupakan panduan hidup dalam segenap lapangan kehidupan seperti astronomi, antropologi,biologi, sosiologi dan lain-lain. Pengekalan isi kandungan al-Qur’an sejak awal penurunan sehingga sekarang adalah melalui proses penghafazan. Ini diikuti dengan pelbagai mekanisme lain yang merekodkan kandungan al-Qur’an. Walau bagaimanapun, aktiviti penghafazan al-Qur’an masih diteruskan hingga ke hari ini dengan pelbagai kaedah serta pendekatan. Sehingga kini belum ada pendokumentasian sistematik berkaitan kaedah penghafazan al-Qur’an oleh murid serta perspektif neurosains kognitif mengenainya, walaupun aktiviti penghafazan al-Qur’an berkait rapat dengan proses pembelajaran dan pembentukan memori. Kedua-dua proses pembelajaran dan pembentukan memori sering menjadi fokus kajian sains kelakuan, iaitu sub bidang neurosains. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk memperincikan kaedah penghafazan al-Qur’an yang digunakan oleh murid dan menjelaskan aktiviti dalam kaedah penghafazan al-Qur’an dari perspektif neurosains kognitif. Kajian lapangan telah diadakan di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. Penemuan kajian mendapati terdapat pelbagai kaedah penghafazan al-Qur’an yang telah digunakan, termasuklah kaedah tulis, kaedah mengingat jalan cerita surah, kaedah memahami makna ayat, kaedah takrir, kaedah tashil, kaedah chunking, kaedah pembahagian muka surat dan kaedah minda fotografi. Dari perspektif neurosains kognitif, proses hafazan melibatkan pembelajaran, pembentukan ingatan, penyimpanan ingatan jangka panjang dan mengakses ingatan tersebut. Otak terlibat dalam proses penghafazan al-Qur’an, dari peringkat ”menerima” sehinggalah "mengeluarkan kembali" ayat yang telah dihafal. Kaedah hafazan berbeza dikorelasikan kepada strategi tertentu mengikut pendekatan neurosains kognitif. Dalam menentukan keselarasan antara kaedah yang disaran dalam tradisi Islam dengan kaedah yang diamalkan murid, pengkaji juga telah melihat kekerapan kaedah penghafazan yang digunakan oleh murid.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Q Science > Q Science (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rosnorzaini Rusli
Date Deposited: 18 Oct 2020 07:10
Last Modified: 19 Oct 2020 04:56
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/132

Actions (login required)

View Item View Item