Modul Sokongan Sosial Keluarga (SOS I.K)

Wan Mohd Yusof, W.C. and Zulkifli, M. and Norizan, A.G. and Berhanundin, A. and Mohd Safri, A. and Wan Hishamudin, W.J. and Ahmad Jazlan, M.J. and Farah Syazrah, M.G. and Abdul Wahab, M.A. (2018) Modul Sokongan Sosial Keluarga (SOS I.K). In: Proceedings of The International University Carnival on e-Learning (IUCEL) 2018, 13 Sep 2018, IIUM.

[img] Text
FH03-INSPIRE-19-23763.pdf
Restricted to Registered users only

Download (104kB)

Abstract

Usaha pemulihan ketagihan opiat boleh berlaku sama ada di institusi ataupun dalam komuniti. Pemulihan ketagihan opiat dalam komuniti melibatkan keluarga sebagai penggerak utama pemulihan dengan penglibatan yang berterusan. Penglibatan keluarga disebut sebagai sokongan sosial keluarga dan dicirikan dengan tiga aspek iaitu sumber sokongan, kekuatan sumber sokongan serta bentuk sokongan.Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 181 orang responden yang terdiri daripada ahli keluarga penagih opiat di negeri Terengganu, keluarga menghadapi cabaran dalam melibatkan diri sepanjang proses pemulihan disebabkan oleh beberapa kekangan seperti pengetahuan, sikap penagih serta emosi keluarga. Justeru, modul ini adalah alternatif untuk membantu ahli keluarga untuk mengatasi kekangan tersebut. Modul yang dibina ini mempunyai empat (4) unit yang mempunyai fokus yang berbeza iaitu: (i) konsep keluarga sejahtera, (ii) cabaran sokongan sosial keluarga, (iii) maklumat klinikal mengenai dadah serta pusat pemulihan yang terdapat di Terengganu, (iv) potensi sokongan emosi serta aspek spiritual. Modul ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), dan diskusi interaktif. Modul ini boleh dikembangkan di peringkat komuniti dalam mengatasi stigma yang sering kali dikaitkan dengan ketagihan opiat. Modul ini berpotensi untuk dijadikan sebagai satu kaedah pembelajaran sepanjang hayat untuk membangunkan potensi keluarga sebagai agen penting bagi pemulihan ketagihan opiat. Modul ini juga akan dikembangkan ke dalam bentuk aplikasi agar ianya boleh di akses oleh pengguna atas talian bagi membolehkan keluarga lain yang mempunyai penagih memperoleh manfaat yang sama.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 11 Nov 2020 07:58
Last Modified: 11 Nov 2020 07:58
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1296

Actions (login required)

View Item View Item