Dasar agromakanan negara (dan):Analisis terhadap makanan asasi padi & beras menurut perspektif islam

Mohd Borhanuddin, Z. and Juairiah, H. and Wan Saifuldin, W.H. and Ahmad Jazlan, M.J. (2018) Dasar agromakanan negara (dan):Analisis terhadap makanan asasi padi & beras menurut perspektif islam. In: INTERNATIONAL SEMINAR ON AL-QURAN IN CONTEMPORARY SOCIETY SQ2018, 09 Oct 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-23764.pdf
Restricted to Registered users only

Download (392kB)

Abstract

Dasar Agro Makanan Negara (DAN) 2011-2020 merupakan satu transformasi Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti makanan negara. Namun begitu terdapat kelemahan dalam merialisasikannya untuk mencapai tahap sara mampu diri makanan negara sekurang-kurangnya 70%. Kajian ini bertujuan meneliti keperluan bekalan makanan asasi padi dan beras mengikut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif iaitu menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporan-laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa konsep fiqh awlawiyyah dalam meningkatkan kualiti makanan, pendapatan negara, menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian mencadangkan makanan asasi perlu diutamakan ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementarian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian. Dasar Agromakanan Negara DAN diharapkan agar memainkan peranannya dalam menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian dan pembangunan petani selaras dengan pembangunan Islam secara syumul.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 11 Nov 2020 07:51
Last Modified: 11 Nov 2020 07:51
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1295

Actions (login required)

View Item View Item