Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu

Mohd Ridhuan Tee, Abdullah and Rahimah, Embong and Haji Mohamed Anwar, Omar Din and Fadzli, Adam and Hanif, Md Lateh @ Junid and Siti Khatijah, Yasin (2017) Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu. In: Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization, 7-8 October 2017, Blok Akademik Unisza Kampus Gong Badak.

[img] Text
FH03-FUPL-18-12015.pdf
Restricted to Registered users only

Download (206kB)

Abstract

Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan persepsi golongan ilmuan dan profesional terhadap parti politik di Terengganu. Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik dan agama sudah pasti kehadiran kepelbagaian parti politik dapat mewarnai suasana kehidupan komuniti dalam melestarikan pembangunan negara ke arah yang lebih baik dan maju. Objektif dalam artikel ini akan memperlihatkan bagaimana pandangan masyarakat terhadap parti yang menjadi pilihan mereka sama ada Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti BERSATU yang semakin bergerak aktif dan popular dalam kalangan masyarakat di Terengganu. Kajian ini juga akan meneliti sejauh mana hubungan persepsi terhadap kewibawaan parti politik dengan isu-isu politik kepartian yang ditimbulkan. Sampel dalam kajian ini adalah golongan ilmuan dan profesional iaitu seramai 100 orang yang diambil dalam program Multaqa Ilmuan dan Profesional Terengganu 2017. Kajian ini akan menganalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan pelbagai persepsi yang telah dipilih oleh mereka terhadap parti yang mereka rasakan bersesuaian dan bertepatan dengan identiti parti yang mereka andaikan. Selain itu, penyelidik akan melihat sejauh mana kemampuan parti politik yang menjadi harapan masyarakat serta rakyat meletakkan kepercayaan dalam meneruskan pembangunan negara ke arah lebih selamat dan harmoni. Parti yang dipilih juga sudah pasti menepati ciri-ciri yang ada dalam penubuhan parti serta menepati cita rasa mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: A General Works > AS Academies and learned societies (General)
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 11 Nov 2020 07:07
Last Modified: 11 Nov 2020 07:07
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1285

Actions (login required)

View Item View Item