Kursus perbandingan agama dan interaksi antara agama di UniSZA: Satu tinjauan awal

Aman Daima, M. Z and Mohd Borhanuddin, Z. and Abdul Manam, M. (2018) Kursus perbandingan agama dan interaksi antara agama di UniSZA: Satu tinjauan awal. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 07 Nov 2018, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-23787.pdf
Restricted to Registered users only

Download (232kB)
[img] Text
FH03-FKI-19-23788.pdf
Restricted to Registered users only

Download (205kB)

Abstract

Dalam masyarakat majmuk, interaksi antara agama merupakan elemen penting untuk memupuk perpaduan, toleransi dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ia perlu dipupuk dalam masyarakat sejak dari awal remaja lagi, khususnya di peringkat universiti memandangkan mereka ini yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau secara umum mengenai kursus perbandingan agama yang ditawarkan di UniSZA dan sejauh manakah ia dapat membantu mewujudkan interaksi agama dalam kalangan para pelajarnya terutamanya antara pelajar muslim dan bukan muslim. Ini kerana dalam kursus perbandingan agama, para pelajar didedahkan dengan maklumat mengenai kepercayaan, pengamalan dan sensitiviti dalam agama-agama lain. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen terhadap pro forma kursus perbandingan agama yang ditawarkan di PUPL dan FKI dengan memfokuskan kepada dua aspek iaitu hasil pembelajaran kursus (CLO) dan penilaian kursus. Kertas kerja ini mendapati bahawa elemen interaksi agama antara pelajar bukan Muslim dan Muslim yang ingin dicapai dalam CLO3 di PUPL tidak jelas dari aspek penilaian kursus. Sementara di FKI pula, elemen ini tidak dinyatakan dalam CLO3, namun ia dilaksanakan melalui aktiviti lawatan ke rumah ibadat dan latihan ilmiah. Justeru, pro forma kursus ini juga perlu ditambahbaik dari aspek penilaian kursus agar hasil pembelajaran (CLO3) tercapai sebagaimana yang diharapkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 11 Nov 2020 03:57
Last Modified: 11 Nov 2020 03:57
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1270

Actions (login required)

View Item View Item