Pendekatan syeikh muhaysin berhubung qira'at dalam tafsir faith al-rahman

Mariam Nabilah, Mohd Noor and Mohamed Fathy, Mohamed Abdelgelil and Fatimah Zaharah, Ismail and Rosmalizawati, Abd.Rashid (2018) Pendekatan syeikh muhaysin berhubung qira'at dalam tafsir faith al-rahman. In: Prosiding Seminar Ilmu Wahyu dan Turath, 23 Oct 2018, UKM.

[img] Text
FH03-FKI-19-24158.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penulisan dan kajian terhadap kitab tafsir yang menitik beratkan ilmu Qira'at dilihat agak terhad sedangkan ilmu tafsir dan ilmu Qiraat sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kitab Fath al-Rahman al-Rahim adalah salah satu contoh kitab tafsir yang mewakili pendekatan ini yang dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Salim Muhaysin, seorang pakar ilmu Qira'at pada abad ke 20 Masihi. Kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan yang diaplikasikan oleh Sheikh Muhaysin terhadap ayat-ayat yang mengandungi perselisihan bacaan (Qira'at) dalam tafsiran surah al-Fatihah dan al-Baqarah. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis kandungan . Analisis pentafsiran surah al-Baqarah dilakukan secara deskriptif. Kajian mendapati 95 perbahasan Qira'at telah dibincangkan dalam surah al-Baqarah. Semua ayat yang mempunyai gaya bacaan (wajah Qira'at) dalam surah tersebut telah dibincangkan secara sistematik, ringkas dan dinisbahkan setiap bacaan tersebut kepada imam-imam qurra'. Kajian menunjukkan semua wajah Qira'at Quraniyyah yang dibicarakan dalam surah al-Baqarah adalah mutawatirah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 11 Nov 2020 02:01
Last Modified: 11 Nov 2020 02:01
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/1251

Actions (login required)

View Item View Item